Notis Hebahan Harta Luqatah

  • PDF

NOTIS HEBAHAN
Sukacita dimaklumkan, Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima penyerahan Harta Luqatah (Harta yang tercicir atau hilang) di beberapa lokasi. Pemilik dikehendaki datang sendiri ke Unit Baitulmal, MAIK untuk tindakan selanjutnya. Pemilik boleh berbuat demikian dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh notis dikeluarkan.

Unit Baitulmal
Tingkat 1, Bangunan MAIK

Kompleks Balai Islam Lundang

15200 Kota Bharu, Kelantan

09-7485512 | Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


BIL

TARIKH

BARANGAN LUQATAH

UNIT/BILANGAN

1

09 Januari 2014

Jam Tangan Lelaki

1

Cincin

3

2

27 Januari 2014

Gelang

1

3

09 Februari 2014

Caping emas

1

Cincin emas

11

Cincin suasa

1

Gelang kaki emas

1

Gelang tangan emas

5

Kerongsang emas

1

Loket emas

3

Mutiara

1

Rantai bersama loket

2

Rantai kaki emas

2

Rantai leher emas

3

Rantai tangan emas

3

Rantai tangan kanak-kanak

1

Secebis emas

2

Subang emas

6

Wang tunai

1

4

10 Mac 2014

Jam Tangan

5

Cincin Lelaki

2

Rantai Tangan

3

Loket Emas

1

Wang Tunai

6

Subang

1

Rantai Leher

1

5

17 April 2014

Jam Tangan Lelaki

2

 

 

Cincin Lelaki

2

 

 

Wang Tunai

10






CARTA ALIRAN WAKAF KHAS

  • PDF

PROSES WAKAF AM DAN KHAS

  • PDF

Pewakafan Am

Cara untuk pewakafan Am ialah individu terbabit menyatakan niatnya kepada pihak MAIK melalui surat rasmi dan pihak MAIK akan memberi maklumbalas dengan menyertakan Surat Cara Wakaf.Surat Cara Wakaf yang disempurnakan oleh individu terbabit kemudiannya di semak oleh pihak MAIK dan jika disahkan pewakafan untuk tujuan am maka pihak MAIK akan memproses/menyediakan Borang 14A (Pindah Milik Tanah KTN 1965) untuk ditandatangani dan setelah disempurnakan pihak MAIK akan menyelesaikannya di institusi-institusi terbabit sehinggalah tanah dihakmilikkan kepada MAIK.

Pewakafan Khas

Adapun wakaf untuk tujuan Khas,individu terbabit diberi pilihan samada mendapatkan sendiri Borang 12A (Penyerahanbalik tanah - Keseluruhan) atau 12B (penyerahanbalik Tanah - Sebahagian) di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan berkaitan atau menghubungi pihak Maik.

Borang-borang yang telah disempurnakan dan ditandatangani dihadapan Pentadbir Tanah kemudian akan diurus oleh Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing di mana pihak MAIk akan menerima surat rasmi daripada pihak terbabit untuk mengesahkan samada dipersetujui untuk diletakkan dibawah kawalan MAIK atau sebaliknya,manakala proses pewartaan akan dibuat oleh Pejabat Tanah berkaitan setelah menerima surat rasmi dari pihak MAIK.

Perkhidmatan Baitulmal/ Wakaf

  • PDF

Unit Pembangunan Baitulmal

Unit (Baitulmal/Wakaf) dikawalselia oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan disokong oleh 3 Pembantu Tadbir N17 serta seorang Pembantu Pegawai Baitulmal/Wakaf (Kontrak) dan Penolong Pegawai Penilaian. Unit ini turut mendapat bantuan 2 orang Penolong Pegawai Tanah di bawah seliaan Unit Pengurusan Projek.

 

Bidang Kuasa dan Fungsi

 

Merekod dan mengenalpasti hartanah Baitulmal/Wakaf.

  • Mengawal, menambah dan memajukan hartanah Islam mengikut ketentuan syarak.
  • Menuntut/menerima dan mentadbir Harta Pusaka orang Islam yang mati dan tiada pewaris.
  • Menuntut/menerima dan mentadbir harta pusaka orang Islam yang mati dan mempunyai waris tetapi tidak ada mewarisi pusaka simati.

 

Sumber

  • Sumbangan Kerajaan
  • Harta yang diwakafkan oleh individu
  • Pemberian (Hibah)
  • Derma/faedah bank
  • Harta Luqatah (barang yang di temui)
  • Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal

 

Aktiviti

 

  • Mentadbir harta baitulmal/wakaf.
  • Urusan perwakafan hartanah
  • Urusan penebusan harta Baitulmal
  • Urusan habuan/agihan pewakafan
  • Mengurus permohonan sewaan penggunaan tanah wakaf
  • Mengawal aktiviti pencerobohan ke atas hartanah wakaf
  • Mengurus pengambilan balik hartanah wakaf/baitulmal

Borang-borang

Borang-borang berkaitan baitulmal dan wakaf boleh dimuat turun di bahagian MUAT TURUN

Surat Cara Wakaf

Borang Permohonan Sewa Premis MAIK

Borang Pelbagai Sumbangan Untuk Baitulmal

Biodata Pemohon Sewa Tanah dan Rumah Milik MAIK

Soalan-soalan lazim berkaitan dengan Baitulmal dan wakaf boleh di layari di bahagian soalan lazim

 

UNIT PEMBANGUNAN ( BAITULMAL)

  • PDF

CARTA ORGANISASI


Unit Pembangunan Baitulmal

Unit (Baitulmal/Wakaf) dikawalselia oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan disokong oleh 3 Pembantu Tadbir N17 serta seorang Pembantu Pegawai Baitulmal/Wakaf (Kontrak) dan Penolong Pegawai Penilaian. Unit ini turut mendapat bantuan 2 orang Penolong Pegawai Tanah di bawah seliaan Unit Pengurusan Projek.


Bidang Kuasa dan Fungsi
Merekod dan mengenalpasti hartanah Baitulmal/Wakaf.
Mengawal, menambah dan memajukan hartanah Islam mengikut ketentuan syarak.
Menuntut/menerima dan mentadbir Harta Pusaka orang Islam yang mati dan tiada pewaris.
Menuntut/menerima dan mentadbir harta pusaka orang Islam yang mati dan mempunyai waris tetapi tidak ada mewarisi pusaka simati.


Sumber-Sumber Pendapatan Baitulmal

Sumbangan Kerajaan
Harta yang diwakafkan oleh individu
Pemberian (Hibah)
Derma/faedah bank
Harta Luqatah (barang yang di temui)
Harta pusaka yang ditentukan faraidh terhak kepada Baitulmal


Aktiviti
Mentadbir harta baitulmal/wakaf.
Urusan perwakafan hartanah
Urusan penebusan harta Baitulmal
Urusan habuan/agihan pewakafan
Mengurus permohonan sewaan penggunaan tanah wakaf
Mengawal aktiviti pencerobohan ke atas hartanah wakaf
Mengurus pengambilan balik hartanah wakaf/baitulmal

Premis-premis MAIK

Premis-premis Majlis Agama Islam Kelantan sehingga tahun 2008 berjumlah sebanyak 53 buah. Premis-premis tersebut merangkumi jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai. Dari jumlah tersebut terdapat 3 unit daripadanya merupakan premis wakaf am untuk tujuan kebajikan Islam.

 Antara premis-premis MAIK :


Tanah Wakaf, MAIK

Tanah-tanah wakaf MAIK adalah tanah-tanah di mana Majlis Agama Islam Kelantan di amanahkan sebagai nazir. Tanah-tanah tersebut secara kasarnya berkeluasan lebih kurang 10,800 ekar yang mana merangkumi tanah wakaf Tengku Kaya Pahlawan, Wakaf Sultan Mansor, Wakaf Am dan juga Wakaf Khas yang digunakan sebagai tapak masjid, surau, kubur dan seumpamanya.

 

CARTA ALIRAN WAKAF AM

  • PDF

IKLAN SEWAAN PREMIS MAIK

  • PDF

RUANG PEJABAT DAN KEDAI UNTUK DISEWA

9 unit ruang pejabat/kedai di Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu

  


3 unit ruang pejabat/kedai di Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu


Bangunan di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu

 

                    

5 unit gerai (Bazar Rakyat) dan  5 unit bilik tumpangan di Kampung Geting, Tumpat

 


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa premis berkaitan, sila hubungi 
UNIT BAITULMAL, MAIK di talian 09-7481512 sambungan 233/214/211 atau emel kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Baitulmal / Wakaf

  • PDF


1. Apakah Unit Pembangunan (Baitulmal) di MAIK tidak menguruskan agihan zakat kepada para asnaf ?


Ya,Unit Pembangunan (Baitulmal) di MAIK tidak menguruskan agihan wang zakat kepada asnaf kerana ia telah diurus oleh Unit Agihan MAIK.

 

2. Apakah syarat-syarat asas seseorang yang hendak mewakafkan tanahnya ?


Syarat-syarat Asas tersebut ialah :

a) Merdeka

b) Berakal

c) Cukup umur

d) Waras fikiran

e) Pilihan sendiri (tanpa paksaan)

 

3. Berapakah rukun wakaf ?


a) Waqif (orang yang mewakaf)

b) Mauquf (harta yang diwakaf)

c) Mauquf 'alaih (pihak yang menerima wakaf)

d) Sighah (lafaz)

 

4. Apakah perbezaan wakaf Am dan Wakaf Khas ?


Perbezaan ketara kedua-duanya ialah Wakaf Am adalah pewakaf mewakafkan hartanahya untuk kegunaan umum (khairat awam - public purpose) Umat Islam dan terserah nazir (MAIK) untuk memanfaatkannya.

Adapun Wakaf Khas ialah pewakaf mewakafkan hartanah miliknya untuk satu-satu kegunaan yang dikhaskan seperti tapak masjid,perkuburan atau apa-apa saja yang ditentukan tujuannya oleh pewakaf.


5. Bagaimana cara untuk proses Wakaf Am dan Wakaf Khas ?


Cara untuk pewakafan Am ialah individu terbabit menyatakan niatnya kepada pihak MAIK melalui surat rasmi dan pihak MAIK akan memberi maklumbalas dengan menyertakan Surat Cara Wakaf.Surat Cara Wakaf yang disempurnakan oleh individu terbabit kemudiannya disemak oleh pihak MAIK dan jika disahkan pewakafan untuk tujuan am maka pihak MAIK akan memproses/menyediakan Borang 14A (Pindah Milik Tanah KTN 1965) untuk ditandatangani dan setelah disempurnakan pihak MAIK akan menyelesaikannya di institusi-institusi terbabit sehinggalah tanah dihakmilikkan kepada MAIK.


Adapun wakaf untuk tujuan Khas,individu terbabit diberi pilihan samada mendapatkan sendiri Borang 12A (Penyerahanbalik tanah - Keseluruhan) atau 12B (penyerahanbalik Tanah - Sebahagian) di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan berkaitan atau menghubungi pihak Maik.

Borang-borang yang telah disempurnakan dan ditandatangani dihadapan Pentadbir Tanah kemudian akan diurus oleh Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing di mana pihak MAIK akan menerima surat rasmi daripada pihak terbabit untuk mengesahkan samada dipersetujui untuk diletakkan dibawah kawalan MAIK atau sebaliknya,manakala proses pewartaan akan dibuat oleh Pejabat Tanah berkaitan setelah menerima surat rasmi dari pihak MAIK.

 

6. Bolehkah Pengambilan Tanah Wakaf dibuat untuk kepentingan Awam ?


Bahawa menurut Hukum Syarak,tanah-tanah Wakaf tidak boleh dijualbeli,tidak boleh diberi kepada sesiapa dan tidak boleh dipindahmilik,demikianlah sebagaimana yang berlaku pada Wakaf Saidina Omar Ibnu Khattab R.A terhadap tanahnya di Khaibar.

Bahawa menurut Sek. 60(1) Enakmen MAIK Bil. 4/1994,tanah-tanah Wakaf Negeri Kelantan terletak hak kepada Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Pemegang Amanah Tunggal.Oleh yang demikian,jika tanah Wakaf diambil balik oleh pihak Berkuasa Negeri kerana apa jua sebab,maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada pihak MAIK supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak wakaf.


7.   Tanah-tanah Perkuburan lama yang tidak lagi digunakan untuk mengebumikan mayat sampai bilakah tanah-tanah itu mesti dikekalkan sebagai tanah perkuburan ?

Untuk menentukan hingga bilakah tanah-tanah perkuburan mesti kekal dipelihara terpulanglah kepada ahli-ahli Khabrah bumi (pakar kaji bumi) menentukan samada mayat-mayat yang dikebumikan disitu sudah hancur semuanya atau belum.Jika semuanya telah hancur menjadi tanah maka bolehlah digunakan tanah itu untuk tujuan lain dengan syarat tanah perkuburan itu hanya dari jenis mamlukat atau majhulat sahaja.Adapun jika ianya tanah wakaf atau masbalat (diguna oleh masyarakat umum untuk perkuburan) maka tidaklah boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain.



8.   Adakah harus diberi sewa sebahagian tanah perkuburan orang Islam yang belum digunakan untuk tujuan menanam tanaman tak kekal seperti halia dan sebagainya,sedangkan sebahagian tanah tersebut digunakan untuk mengkebumikan mayat dan keadaannya masih luas lagi?

Boleh (harus) dibenarkan bercucuk tanam tanaman tak kekal yang boleh hidup tidak lebih dari setahun pada tempat yang belum lagi digunakan untuk mengebumikan mayat atas tanah masbalat (perkuburan umum) dengan syarat ianya tidak mengganggu tanah masbalat itu daripada kegunaan untuk tujuan asalnya.



9.    Boleh atau tidak diberi sewa tanah rizab perkuburan,tapak masjid atau sekolah Agama yang belum digunakan lagi untuk dijadikan padang permainan bola sepak dan sebagainya?


Tanah rizab (simpanan) yang belum lagi digunakan oleh Majlis Agama Selaku nazir mengambil manfaat dengannya buat sementara selama ianya belum digunakan bagi tujuan atau maksud simpanannya.


10.   Siapakah yang berhak atas buahan-buahan sedia ada di atas tanah perkuburan dan adakah pokok-pokok dan buahan-buahan itu jadi wakaf juga?

Tanah yang diwakafkan bagi maksud perkuburan tidak boleh digunakan bagi sebarang tujuan lain selain dari mengebumikan mayat.Maka sesiapa yang menggunakan tanah itu untuk tujuan yang lain wajiblah atasnya membayar sewa kepada pihak nazirnya untuk dibelanjakan bagi maslahah tanah perkuburan itu.



11.   Adakah harus sebidang tanah yang telah diwakaf bagi membina sekolah Agama dipecah untuk dibuat jalanraya di tengah-tengahnya dan sebahagian dari bangunan itu diroboh bagi tujuan meluaskan jalan tersebut?


Apa-apa benda wakaf tidak harus diubah tujuan orang yang mewakafnya.Ertinya wakaf untuk tujuan membina sekolah Agama tidak harus diubah kepada tujuan lain dan tidak harus diubah sifat-sifatnya yang asal melainkan dengan suatu sebab yang  memaksa berbuat demikian.Jadi sekiranya tanah wakaf itu terpaksa diambil untuk satu-satu  kegunaan atau satu-satu maslahah maka hendaklah dibayar dengan harga yang patut,dan harga itu hendaklah digunakan untuk mengganti tanah wakaf yang diambil itu atau untuk masalah umum menurut pandangan nazir wakaf.


13.   Sebidang tanah telah diwakaf untuk mendirikan bangunan tempat berhenti dan berteduh (wakaf).Tuan tanah tersebut telah pun mati.Bangunan itu kini telah pun usang dan tidak ada sesiapa pun lagi yang sanggup membaikinya kerana kegunaannya tidak seberapa lagi.Dengan itu maka tanah tersebut akan terbiar begitu sahaja tanpa apa-apa faedah.Adakah boleh Majlis Agama,selaku nazir kepada tanah wakaf , menyewakannya kepada sesiapa-sesiapa untuk dijadikan tapak rumah?

Tiada halangan tanah tersebut diberi sewa oleh nazirnya apabila didapati ada maslahah disamping bertujuan mengelakkan daripada terbiarnya maksud wakaf.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

 Majlis Agama Islam Dan
 Adat Istiadat Melayu Kelantan
 Kompleks Balai Islam
Lundang,15200 Kota Bharu, Kelantan
Talian Bebas Tol : 1-800-88-6060

No Telefon : 09-7481512
No Faks : 09-7485512
  maik@e-maik.my

webmaster@e-maik.my


JUMLAH PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini :98
mod_vvisit_counterSemalam :135
Online : 2

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup