SYARAT KEMASUKAN DARUL AITAM

  • PDF

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN/PENGAMBILAN ANAK YATIM

  •  Anak yatim atau yatim piatu (kematian bapa)
  •  Berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun
  •  Peranakan Negeri Kelantan dan ibu bapa berasal dari Negeri Kelantan
  •  Keluarga yang kurang berkemampuan (miskin)
  •  Tanggungang keluarga yang ramai
  •  Sihat tubuh badan
  •  Berkelakuan baik
  •  Keutamaan kepada yang maju dalam pelajaran

PROSES KEMASUKAN

1. Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi borang Borang Permohonan Kemasukan Darul Aitam
2. Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat Darul Aitam
3. Pihak Darul Aitam akan mengadakan lawat siasat ke rumah-rumah pemohon
4. Surat panggilan temuduga akan dihantar. Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
5. Proses temuduga akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon bersama ibu/penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.
6. Pemohon yang berjaya akan mendaftar masuk ke Darul Aitam pada tarikh yang telah ditetapkan
7. Borang permohonan didapati di pejabat berikut:

Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam Putera
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji
16100 Kota Bharu, Kelantan

Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam Puteri
JKR 277 (N), Jalan Raja Dewa 2/20, Jalan Telippot,
15150 Kota Bharu Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MTQ SESI MEI 2013 - 2016

  • PDF

1. PERMOHONAN (Calon Lelaki Sahaja)

Permohonan adalah dipelawa untuk mengikuti kursus Diploma Tahfiz Al Quran bersama Darul Quran (JAKIM) di Maahad Tahfiz Al Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi sesi pengajian Mei 2013 - 2016

2. SISTEM PENGAJIAN DAN TEMPOH KURSUS

Kursus pengajian akan diadakan selama 6 semester bermula pada Mei 2013 hingga Mei 2016. Pengajian adalah berdasarkan kepada ­sistem semester.

3. TEMPAT BELAJAR

Maahad Tahfiz Al Quran MAIK

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,

Lot 2136 Jalan Raja Perempuan Zainab ll, Panji,

16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,

Kelantan Darul Naim.

4. PENGINAPAN DAN KANTIN

· Asrama dan makanan disediakan percuma.*

· Pelajar diwajibkan tinggal di asrama.

5. ELAUN SAGUHATI

Calon-calon yang berjaya boleh dipertimbangkan oleh Majlis untuk diberi elaun saguhati bulanan sebanyak RM250.

6. KELAYAKAN

• Calon lelaki warganegara Malaysia.

• Berumur 17 tahun dan tidak melebihi 21 tahun.

• Belum berkahwin serta bersedia tidak berkahwin selama mengikuti pengajian.

• Memiliki SPM dengan mendapat 3 kepujian dalam matapelajaran :

i. Bahasa Melayu

ii. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam

iii. Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Ting­gi

iv. Lulus Bahasa Inggeris

v. Lulus temuduga

· Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Institut Tahfiz Al Quran TIDAK LAYAK memohon.

7. CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat boleh muatturun Borang Permohonan Kemasukan Pelajar MTQ atau datang sendiri ke alamat :­

Pejabat Pentadbiran

Maahad Tahfiz Al Quran (MAIK),

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,

Lot 2136 Jalan Raja Perempuan Zainab ll, Panji,

16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu,

Kelantan Darulnaim.

ATAU


Bahagian Pentadbiran, Tingkat 1,

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,

Kompleks Balai Islam, Lundang,

Jalan Sultan Yahya Petra,

15200 Kota Bharu,

Kelantan Darulnaim.

8. PENGIKTIRAFAN

Calon-calon lepasan pengajian Maahad ini akan diterima kemasukannya ke Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Maahad Qiraat Al Azhar Mesir.

9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN :   11 APRIL 2013

10. MAKLUMAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

  1. Pejabat Pentadbiran Maahad Tahfiz Al Quran, Panji  di talian : 09 - 77 44 363 atau emel Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Calon-calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas 3 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.


 

KEMUDAHAN DARUL AITAM

  • PDF

 

Darul Aitam dibina bertujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal, persekolahan, kemudahan berekreasi sebagai asas keperluan hidup. Kemudahan seperti dewan serbaguna, mussala, asrama, persekitaran yang selesa dapat mewujudkan suasana belajar serba lengkap yang diperlukan oleh mereka. Kemudahan yang disediakan juga banyak membantu mengembangkan potensi penghuni-penghuni Darul Aitam.

 

Antara kemudahan yang disediakan adalah :

1. Persekolahan

  • ~ Perbelanjaan wang saku persekolahan
  • ~ Kelas tuisyen bagi semua mata pelajaran
  • ~ Yuran persekolahan dan lain-lain yuran tambahan

2. Pakaian

  • ~ Seragam sekolalh
  • ~ Ko-kurikulum
  • ~ Hari Raya

3. Pengangkutan

  • ~ Sekolah
  • ~ Solat Jumaat
  • ~ Balik kampung bagi penghuni yang jauh

4. Rawatan dan perubatan

5. Makan dan minum

6. Bantuan melanjutkan pelajran dan biasiswa

7. Duit sumbangan balik kampung

 

 

 

 

PENTADBIRAN DARUL AITAM

  • PDF

 

Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan Darul Aitam, MAIK telah menubuhkan dua Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Dato' Timbalan Yang Dipertua MAIK iaitu :

  • Jawatankuasa Darul Aitam
  • Jawatankuasa Pengurusan Darul Aitam

 

CARTA PENGURUSAN DARUL AITAM


 

CARTA PENTADBIRAN DARUL AITAM


 


Foto-foto Program

  • PDF

PROGRAM-PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH DARUL AITAM PUTERA DAN PUTERI PADA 2008

 

 

  

Baca Lagi...

SUMBER DAN PERBELANJAAN DARUL AITAM

  • PDF
  • Darul Aitam memperolehi peruntukan daripada MAIK dan sumbangan daripada badan-badan pertubuhan, badan-badan korporat, orang perseorangan dan sebagainya
  • Darul Aitam juga mempunyai Tabung Kebajikan di mana ianya menerima sumbangan daripada pelbagai pihak
  • Peruntukan dan sumbangan tersebut digunakan unutk perbelanjaan dan keperluan anak-anak yatim
  • Perbelanjaan bagi tahun 2008 berjumlah RM615,724 manakala anggaran perbelanjaan yang digunakan untuk anak-anak yatim bagi tahun 2009 berjumlah RM628,000
  • Di antara perbelanjaan yang digunakan untuk anak-anak yatim adalah seperti berikut :
    • Makan dan minum
    • Yuran, buku sekolah dan lain-lain keperluan
    • Pakaian seragam
    • Lawatan sambil belajar

PROGRAM DAN AKTIVITI DARUL AITAM

  • PDF


Sesuai dengan objektif penubuhan Darul Aitam untuk memberi keselesaan kehidupan kepada anak-anak yatim yang kehilangan tempat bergantung, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membantu mereka menjadi insan yang berjaya dan berdikari mengikut kemampuan dan potensi yang ada pada diri mereka.

 

Antara program-program yang dilaksanakan seperti :


Program Pemantapan Diri

  • Majlis suai kenal
  • Kelas Al-Quran dan bimbingan Fardhu Ain
  • Kelas Agama

Kursus Dan Bimbingan Kemahiran

  • Ceramah motivasi dan agama
  • Asuhan pengurusan diri dan kesihatan
  • Kursus kemahiran belajar

Akademik

  • Kelas tambahan semua matapelajaran
  • Program kecemerlangan seperti kelas intensif UPSR, PMR dan SPM
  • Kelas pemulihan 3M (menulis,membaca dan mengira)

Program Rekreasi

  • Riadah dan kawad
  • Lawatan sambil belajar
  • Menerima lawatan dan kunjungan
  • Program gotong-royong

Program Khas

  • Sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan
  • Program Penghayatan Bulan Ramadhan

 

 

 

 

RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DARUL AITAM

  • PDF


PENUBUHAN DARUL AITAM

Rumah Kebajikan Anak-anak Darul Aitam merupakan rumah kebajikan untuk penempatan anak-anak yatim dibawah kawalan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Penubuhannya adalah dibawah seksyen 7(1)(C) Enakmen MAIK 1966.

DARUL AITAM PUTERA mula beroperasi setelah pengambilan penghuni pertama pada  5hb Mei 1985 seramai 10 orang anak yatim putera. Mereka ditempatkan di sebuah bangunan wakaf di Jalan Yaakubiah (Jalan Dato' Lundang) sebelum berpindah ke tempat sekarang iaitu sebuah kompleks baru MAIK, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra pada Ogos 2006. Manakala penubuhan DARUL AITAM PUTERI pula bermula setelah MAIK mengambil 30 orang anak yatim puteri yang ditempatkan di bangunan kuarters kerajaan yang telah diubahsuai di Jalan Raja Dewa, Kota Bharu Kelantan.

OBJEKTIF

  • Membantu memberi kemudahan dan kesempurnaan sara hidup kepada anak-anak yatim Islam yang miskin dan dhaif
  • Membimbing melengkapkan diri dengan kemahiran untuk hidup berdikari
  • Membimbing dan memberikan kemudahan pendidikan ilmiah ke arah mencapai kecemerlangan akademik.
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim dari golongan miskin
  • Memupuk keimanan dan mengukuhkan didikan rohaniah yang seimbang dan sempurna
  • Menerapkan nilai-nilai keagamaan bagi melahirkan anak-anak yatim yang dinamis progresif serta berakhlak mulia.


 JUMLAH PENGHUNI TAHUN 2012

DARUL AITAM PUTERA          87 ORANG

DARUL AITAM PUTERI           61 ORANG
_________________________________

JUMLAH KESELURUHAN     148 ORANG
_________________________________

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN PROSES KEMASUKAN

PENTADBIRAN DARUL AITAM

PROGRAM DAN AKTIVITI DARUL AITAM

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

SUMBER DAN PERBELANJAAN



KOMPLEKS ISLAM JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA

  • PDF

 

 

 

 

 

 

 


 

 

CARTA ORGANISASI

 


PENGENALAN

Unit ini merupakan unit baru yang dipertanggungjawabkan bagi mengawal selia penggunaan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang bertempat di Panji, Kota Bharu. Kompleks ini telah dibina hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan. Ia dibina di atas tanah wakaf seluas 11.969 ekar yang diwakafkan oleh al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan. Perasmian kompleks ini telah disempurnakan oleh baginda pada 11 November 2006.

Sehingga kini, kompleks yang bernilai 15.4 juta ini telah berjaya memainkan peranannya yang menjadi wadah yang cukup besar bagi MAIK dalam mempertingkatkan dan memperkembangkan kerja-kerja kebajikan serta pembangunan ilmu. Kompleks ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu :

  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Pengajian Maahad Tahfiz
  • Dewan Utama
  • Dewan Serbaguna
  • Dewan Makan
  • Asrama anak yatim dan pelajar tahfiz
  • Kuarters kakitangan
  • Bilik-bilik kuliah
  • Musalla

OBJEKTIF

1. Berperanan sebagai satu institusi agama yang unggul dalam mendaulatkan syiar Islam dan menjaga kebajikan setiap rakyat di negeri ini.
2.Sebagai tempat perlindungan anak-anak yatim Darul Aitam dengan kemudahan dan keselesaan dalam satu persekitaran hidup yang sempurna
3. Sebagai institusi pusat pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran disamping melahirkan huffaz Al-Quran dan Qurra' yang berkualiti serta berketerampilan selaras dengan keperluan semasa.
4. Sebagai pusat latihan para Imam MAIK sebagai petugas agama yang berilmu, berwawasan dan profesional.
5. Sebagai pusat latihan dan bimbingan saudara baru serta pusat aktiviti-aktiviti agama dan kemasyarakatan yang utama bagi umat Islam di negeri ini.

Dibawah unit ini terdapat dua unit utama iaitu :

 

HUBUNGI KAMI

 Majlis Agama Islam Dan
 Adat Istiadat Melayu Kelantan
 Kompleks Balai Islam
Lundang,15200 Kota Bharu, Kelantan
Talian Bebas Tol : 1-800-88-6060

No Telefon : 09-7481512
No Faks : 09-7485512
  maik@e-maik.my

webmaster@e-maik.my


JUMLAH PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini :35
mod_vvisit_counterSemalam :138
Online : 2

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup