PENTADBIRAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

  • PDF

Jawatankuasa Pengelola

Bagi tujuan melicinkan pentadbiran MTQMAIK, satu jawatankuasa khas telah dibentuk pada penghujung tahun 1995. Anggota Jawatankuasa Pengelola ini terdiri daripada :

1. Yang Dipertua MAIK

2. Timbalan Yang Dipertua MAIK

3. Mufti Kerajaan NEgeri Kelantan

4. Ketua Hakim Syarie

5. Setiausaha MAIK

6. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK

7. Pegawai Agama MAIK

8. Pegawai Urusan Sumber MAIK

Jawatankuasa Pengurusan

Seterusnya, satu jawatankuasa Pengurusan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada:

1. Mufti Kerajaan Negeri Kelantan                   -Pengurusi

2. Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK   -Setiausaha

3. Ketua Hakim Syarie                                       -Ahli

4. Setiausaha MAIK                                            -Ahli

5. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK         -Ahli

6. PEgawai Agama MAIK                                  -Ahli

7. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola      -Ahli

KURIKULUM MAAHAD TAHFIZ

  • PDF

Kurikulum MTQ

1. Kurikulum Pengajian

Kurikulum yang digunakan adalah kurikulum pengajian tahfiz Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor. Sistem Pengajian ini adalah selama 3 tahun dan dibahagikan kepada 6 semester. Ianya dibahagikan sepertimana di bawah:

TAHUN PERTAMA

Semester I

Semester II

TAHUN KEDUA

Semester III

Semester IV

TAHUN KETIGA

Semester V

Semester VI

2. Sukatan Pengajian Diploma

Sukatan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al Quran bersama Darul Quran JAKIM

SUKATAN BARU DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN BAGI SEMESTER 1, 2, 3, 4, 5, 6

TAHUN 1

SEMESTER 1

TAHUN 1

SEMESTER 2

TAHUN 2

SEMESTER 3

TAHUN 2

SEMESTER 4

TAHUN 3

SEMESTER 5

TAHUN 3

SEMESTER 6

3. Peperiksaan

Segala soalan peperiksaan Diploma adalah digubal oleh Darul Quran. Manakala peperiksaan pula dilaksanakan di Maahad ini bagi semester 1 hingga 5, semester akhir

( semester 6 ) ianya dilaksanakan di Darul Qura.

Sijil Perolehan dan Peluang Melanjutkan Pelajaran.

Setelah tamat pengajian Tahfiz Al-Quran di Maahad ini, pelajar-pelajar diberi peluang menduduki peperiksaan bersama Diploma Darul Quran. Pelajar-pelajar akan diberi anugerah Sijil Diploma Tahfiz Al-Quran oleh Darul Quran JAKIM.


SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH

  • PDF

KELAS PENGAJIAN TAFAQQUH


Sejarah Penubuhan

Pada pertengahan tahun 80-an, Kelas Pengajian Tafaqquh telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan berpusat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Kelas ini adalah di bawah pengawasan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Sahib al- Samahah Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim. Kelas ini bermula dengan 11 orang pelajar dan menggunakan khidmat 5 orang tenaga pengajar sukarela.

Tenaga Pengajar Kelas Pengajian Tafaqquh:

Seramai 5 orang tenaga pengajar telah berkhidmat secara sukarela dan mereka ialah:

SS Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim

Al Fadhil Dato' Hj Hasbullah bin Mohd Hassan

Us Hj Yusoff bin Omar

Us Hj Mahamed bin Yusoff

Us Hj Ismail bin Ab. Rahman.

Generasi Pertama Kelaas Pengajian Tafaqquh (Fasa 1)

Seramai 11orang pelajar telah melakar sejarah penubuhan Kelas PEngajian Tafaqquh. Daridapa jumlah tersebut 8 orang sahaja telah berjaya menamatkan pengajian pada 15.06.1987.

Kelas Pengajian Tafaqquh Fasa Kedua (sambungan)

Setelah Kelas Pengajian Faqquh tamat pada 15.06.1987, 8 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka telah mengemukakan rayuan kepada MAjlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk meneruskan peruntukan kewangan daripada pihak MAIK.

Pada 16.06.1987, Kelas Pengajian Tafaqquh (Fasa II) telah diteruskan lagi sehinggalah para pelajar tamat pengajian pada 31.12.1989. Mereka telah dilantik MAIK sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru Al-Quran) Kontrak Gred C 11 pada 01.01.1990.

Kelas Pengajian Tafaqquh Fasa Tiga (penubuhan semula)

Atas hasrat Kebawah Duli Tuanku Al-Sultan, Kelas Pengajian Tafaqquh (Fasa II) yang telah tamat pada 31.12.1989 dihidupkan kembali. Usaha-usaha telah dilakukan dan kemudiannya pada tahun 1993, kelas ini telah dihidupkan kembali di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Beberapa perubatan yang dilakukan ialah:

           1- Sukatan baru diperkenal iaitu pengajian tahfiz
            2- Nama Kelas Pengajian Tafaqquh ditukarkan kepada Kelas Pengajian Tahfiz al-Quran MAIK.


Pengendalian Kelas Pengajian

Peringkat awal penubuhan ini pengendalian kelas ini telah menggunakan khidmat 6 orang tenaga pengajar. Mereka ialah:

1. En. Mohd Subki bin Ab. Rahman (Pengetua/BA Hons Syariah)

2. En. Ab. Razak bin Ibrahim          (Guru/Dip Tahfiz JAKIM)

3. En. Nik Fadhal bin Nik Ahmad     (Guru/Dip Tahfiz JAKIM)

4. Haji Ismail bin Yusoff                 (Guru Sambilan)

5. Haji Salleh bin Mahmood            (Guru Sambilan)

6. Haji Syaari bin Mustafa               (Guru Sambilan)

Kurikulum Pengajian

Pada penghujung 1992, pihak Penglola dan anggota jawatankuasanya telah bersetuju untuk menerima pakai kurikulum Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran. Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur sebagai kurikulum pengajian Kelas Pengajian Tahfiz MAIK ini.

Permohonan Mengadakan Program Diploma

Pada 01.02.1993, satu permohonan telah diajukan kepada Pengarah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran. Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur bagi mewujudkan program bersama bagi Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat dan permohonan ini telah diluluskan.

Menyertai Program Diploma

Buat pertama kalinya pada tahun 1995, 13 orang pelajar telah dihantar sebagai calon peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat JAKIM. Seramai 8 orang calon telah berjaya mendapatkan Diploma Tahfiz JAKIM. 5 orang daripada mereka telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di dalam bidang Takhassus Qiraat di Al-Azhar, Mesir, 2 orang dilantik ke jawatan imam (Gred S7) dan 1 ke jawatan guru berelaun di Maahad Tahfiz MAIK ini.

Perubahan Sistem Kurikulum

Pada pEnghujung Mei 2000, sistem kurikulum telah menerima perubahan. Sistem pengajian dari tahun ke tahun telah diubah kepada sistem semester. Sistem ini bermaksud tempoh pengajian adalah selama 6 semester atau 3 tahun sahaja (2 semester = 1 tahun).

Perubahan ini ekoran perubahan sistem pengajian yang berlaku diperingkat institut Tahfiz al-Quran dari sistem tahunan kepada sistem semester. Nama Institut Tahfiz al-Quran juga telah diubah kepada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pertukaran Nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran

Seterusnya pada tahun 2007, nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran MAIK telah diubah kepada nama baru iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. NAma ini telah digunakan sehingga ke hari ini.

Perpindahan Pusat Pentadbiran, Pengajian dan Penginapan Pelajar

Pada 26.12.2006, pentadbiran, pengajian dan asrama pelajar telah dipindahkan ke tempat baru iaiatu di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu Kelantan. Perpindahan ini melibatkan semua pelajar seramai 26 orang (pada waktu tersebut).

OBJEKTIF PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN

  • PDF
  • Melahirkan huffaz, pendakwah, pendidik dan imam yang mahis , berwibawa dan berketerampilan.
  • Melahirkan genarasi yang memertabatkan Al-Quran
  • Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar melalui program-program yang berteraskan nilai-nilai agama.
  • Mewujudkan suasan pembelajaran yang stabil dan bersistematik.
  • Memastikan pengajran dan pembelajaran sertaprogram akademik dilaksanakan dengan berkesan.

Falsafah:

MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN YANG BERTAQWA, BERILMU, BERMANFAAT KEPADA PEMBANGUNAN UMMAH DAN NEGARA.


Moto:

AL QURAN ASAS KECEMERLANGAN


Visi :

Maahad ini menjadi wadah kepada pelajar mendalami ilmu-ilmu Al Quran, melahirkan insan yang berkualiti serta memahami Islam secara syumul, seimbang diantara mengejar kecemerlangan dunia dan kebahagian di akhirat serta mempunyai daya juang yang tinggi selaras dengan tuntutan zaman.

Misi :

Berazam untuk mengembeling tenaga dan keupayaan minda secara kolektif dengan penuh iltizam bagi mengangkat martabat pelajar ke arah generasi yang memahami serta menjadikan Al Quran dan Al Hadith sebagai amalan dan panduan.

SENARAI MASJID BANDAR DAN KEPALA JAJAHAN

  • PDF

1.   Masjid Muhammadi, Kota Bharu

2.   Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

3.   Masjid Bandar Telipot

4.   Masjid Bandar Kg.Sireh

5.   Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa

6.   Masjid Bandar Mahmudi, Bachok

7.   Masjid Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

8.   Masjid Bandar Langgar

9.   Masjid Bandar Guchil, Kuala Krai

10. Masjid Bandar Tengku Faris Petra, Kuala Krai

11. Masjid Bandar Jeli

12. Masjid Sultan Yahya Petra, Machang

13. Masjid Bandar Pasir Mas

14. Masjid Bandar Ibrahimi, Pasir Puteh

15. Masjid Ismail Petra, Tanah Merah

16. Masjid Ismaili,Tumpat

PENTADBIRAN DAN JAWATANKUASA

  • PDF

Jawatankuasa Pengelola

Bagi tujuan melicinkan pentadbiran MTQMAIK, satu jawatankuasa khas telah dibentuk pada penghujung tahun 1995. Anggota Jawatankuasa Pengelola ini terdiri daripada :

1. Yang Dipertua MAIK

2. Timbalan Yang Dipertua MAIK

3. Mufti Kerajaan NEgeri Kelantan

4. Ketua Hakim Syarie

5. Setiausaha MAIK

6. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK

7. Pegawai Agama MAIK

8. Pegawai Urusan Sumber MAIK

Jawatankuasa Pengurusan

Seterusnya, satu jawatankuasa Pengurusan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada:

1. Mufti Kerajaan Negeri Kelantan                   -Pengurusi

2. Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK   -Setiausaha

3. Ketua Hakim Syarie                                       -Ahli

4. Setiausaha MAIK                                            -Ahli

5. Ketua Pegawai Pembangunan MAIK         -Ahli

6. PEgawai Agama MAIK                                  -Ahli

7. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola      -Ahli

SISTEM PENGAJIAN

  • PDF

SISTEM PENGAJIAN

Sistem Pengajian Maahad Tahfiz al-Quran MAIK adalah berbentuk hafazan al-Quran, Pengajian Qiraat 7, Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Ianya dilaksanakan bersama Darul Quran JAKIM. Para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ini akan mendapat Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran (JAKIM).

SYARAT KEMASUKKAN


  1. Warganegara Malaysia dan belum berkahwin
  2. Berumur antara 18 hingga 21 tahun
  3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian :

1.Bahasa Malaysia

2.Bahasa Arab (komunikasi atau tinggi)

3.Pendidikan Al Quran & Sunnah

4.Pendidikan Syariah Islamiah

5.Tassawur Islam

6.Lulus Bahasa Inggeris

7.Dan lulus Ujian temuduga pengambilan pelajar

PENGENALAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAIK

  • PDF

   Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1980 di bawah pengawasan Sahibul Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai urusetia. Pada permulaannya ia ditempatkan di masjid Muhammadi Kota Bharu dengan pengambilan pertama seramai 11 orang pelajar sahaja. Pada penghujung tahun 2006, para pelajar telah dipindahkan sepenuhnya ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

   Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz Al-Quran yang merangkumi empat bidang pengajian iaitu Hafiz Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Akademik diletakkan dibawah pengurusan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Wujudnya Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) adalah cetusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan pada penghujung 1992 selepas tamatnya Kelas Pengajian Tafaqquh di Masjid Muhammadi tahun 1989.

UNIT MASJID JAJAHAN

  • PDF

CARTA ORGANISASI

Muka 1 daripada 2

HUBUNGI KAMI

 Majlis Agama Islam Dan
 Adat Istiadat Melayu Kelantan
 Kompleks Balai Islam
Lundang,15200 Kota Bharu, Kelantan
Talian Bebas Tol : 1-800-88-6060

No Telefon : 09-7481512
No Faks : 09-7485512
  maik@e-maik.my

webmaster@e-maik.my


JUMLAH PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini :71
mod_vvisit_counterSemalam :138
Online : 2

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup