faq lokasi aduan peta


PERKHIDMATAN

AGIHAN ZAKAT

 

ASNAF FAKIR :

Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang di bawah tanggungannya.

 

ASNAF MISKIN :

Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya yang melebihi 50% tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.

 

ASNAF AMIL :

Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

 

ASNAF MUALAF :

Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:

  1. Baru memeluk agama Islam
  2. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
  3. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya.
  4. Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh
 

ASNAF RIQAB :

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu.

 

ASNAF GHARIMIN :

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara'.

 

ASNAF FISABILILLAH :

Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya.

 

ASNAF IBNUSABIL :

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

*** Klik pada Jenis Program Bantuan untuk maklumat terperinci.

 PROGRAM BANTUAN AGIHAN ZAKAT 

*** Atau boleh melayari Sistem eAgihan
 

1. KURSUS BENGKEL JAHITAN

  • Mula beroperasi pada bulan Julai 1996
  • Terletak di Tingkat Bawah, Seksyen 4, Jalan Kelochor, Kota Bharu
  • Jumlah maksima pelatih untuk satu sesi – 25 orang
  • Menjahit Pakaian Lelaki & Wanita
  • Pengambilan Wanita Sahaja
  • Sesi pembelajaran selama 10 bulan
  • Asas-asas jahitan (pakaian wanita) - baju kurung / kebaya / blouse
  • Asas-asas jahitan (pakaian lelaki) - baju kemeja / baju melayu
  • Asas-asas sulaman - kain sembahyang / tudung / baju kurung

2. KURSUS BENGKEL AUTOMOTIF

  • Mula beroperasi pada bulan Januari 2000
  • Terletak di Mukim Telok Baru, Kota Bharu
  • Jumlah makisma pelatih untuk satu sesi– 10 orang
  • Membaiki Motosikal Sahaja
  • Pengambilan Lelaki Sahaja
  • Sesi pembelajaran selama 10 bulan
  • Asas-asas membaiki motosikal (jenis motosikal / jenis-jenis enjin)
  • Organisasi bengkel dan pengurusan bengkel
  • Mengenalpasti kerosakan-kerosakan bahagian motosikal
  • Prinsip dan asas melaras bahagian motosikal

TUJUAN PROGRAM:

  • Mendedahkan mereka kepada pembelajaran kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari pendapatan.
  • Meningkatkan taraf ekonomi mereka yang kurang berkemampuan melalui sumber kemahiran yang diperolehi.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
  • Bujang
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
  • Beragama Islam.
  • Asnaf yang layak menerima zakat.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
  • Asrama lelaki dan perempuan
  • Elaun sebanyak RM300 sebulan


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan pautan yang disediakan (pautan akan diberikan semasa sesi kemasukan baharu dibuka).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Unit Pembangunan Sosio Ekonomi
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Islam Darul Naim, Lundang,
Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu

HARI DAN WAKTU LATIHAN :

HARI AHAD HINGGA RABU
JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
JAM 2.00 PTG – 5.00 PTG

HARI KHAMIS
JAM 8.30 PAGI – 1.00 T/HARI
JAM 2.00 PTG – 3.30 PTG.

***Permohonan pengambilan pelatih baru akan dibuka setiap 8 bulan sekali. Iklan pengambilan akan diwar-warkan melalui Portal Rasmi MAIK & Media Sosial Rasmi MAIK.
 
  • UNIT AGIHAN ZAKAT
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Balai Islam, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609 7481512

  • Emel : agihan [at] e-maik [dot] my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini183
Kelmarin3939
Minggu Ini8129
Bulan Ini106446
Jumlah Pengunjung31561768