IBU MALANG MENERIMA SUMBANGAN MAIK
Puan Rahimah binti Omar seorang mangsa kemalangan sejak setahun yang lalu mengakibatkan lumpuh seluruh badan dan hanya terlantar serta tidak dapat menguruskan diri. Beliau hanya mengharapkan bantuan anak-anak untuk membantu menguruskan beliau. Di samping lumpuh beliau juga tidak dapat bercakap dan pemikiran beliau juga tidak sempurna.
Suami beliau yang bekerja sebagai pemandu lori baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit lelah dan kini tanggungjawab mengurus beliau dan keluarga digalas oleh anak-anak . Puan Rahimah yang berusia 42 tahun mempunyai 7 orang anak yang berumur di antara 5 hingga 16 tahun di mana anak yang berumur 5 tahun merupakan seorang OKU. Anak-anak terpaksa ponteng sekolah secara bergilir-gilir untuk menjaga dan mengurus ibu mereka yang terlantar dan hanya minum susu khas sahaja.
Keluarga ini mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kini tiada punca pendapatan lain setelah bapa mereka yang bekerja sebagai pemandu lori telah meninggal dunia. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dengan kadar sewa RM300.00 sebulan tetapi kini telah berpindah ke rumah ibu Puan Rahimah.
Majlis Agama Islam Kelantan yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah mengunjungi keluarga ini untuk menghulurkan sumbangan.
Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud