faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PEMANTAPAN ILMU MENGENAI FIDYAH/KAFARAH DAN PENGIRAAN FIDYAH/KAFARAH KEPADA KAKITANGAN MAIK

Bengkel Pemantapan Ilmu Mengenai Fidyah/Kafarah dan Pengiraan Fidyah/Kafarah di Kalangan Kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bagi Tahun 2026 telah diadakan pada 24 Januari 2026 di H Elite Design Hotel Kota Bharu.

Bengkel satu hari itu melibatkan 50 kakitangan MAIK yang menguruskan berkaitan fidyah/kafarah dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK.

Bagi memantapkan lagi kefahaman kepada para peserta pihak MAIK telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Suratemi bin Mat Yusof, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah & Ukhuwwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sebagai penceramah dan beliau telah berjaya memberi kefahaman terbaik kepada para peserta yang sekaligus dapat membantu melancarkan tugasan mereka nanti.

Bengkel ini dilaksanakan bagi menyelaraskan kefahaman yang jelas mengenai konsep, hukum dan asas perundangan fidyah mengikut syarak serta meningkatkan kemahiran kakitangan dalam kaedah pengiraan fidyah/kafarah yang tepat.

Bersesuaian dengan sasaran kutipan fidyah 2026, pemantapan ilmu mengenai fidyah dapat mempertingkatkan kutipan fidyah dengan lebih lagi.

Bengkel ini juga dilaksanakan khususnya bagi persediaan pada bulan Ramadan kerana didapati peningkatan kutipan berlaku pada awal Ramadan setiap tahun.

#MAIK2026


flickr
www.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini218
Kelmarin7758
Minggu Ini40571
Bulan Ini40571
Jumlah Pengunjung62956542