faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PELAJAR DARUL QURAN MAIK ADAKAN LAWATAN ILMIAH KE MAHKAMAH SYARIAH KOTA BHARU DI TUNJONG

Seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada 29 siswa dan 10 siswi, bersama dua guru pengiring dari Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), mengadakan Lawatan Ilmiah ke Mahkamah Syariah Kota Bharu (Tunjong) bagi memenuhi keperluan projek kursus Kekeluargaan Islam (MPU2312).

Ketibaan rombongan disambut oleh pihak pentadbiran dan kehakiman Mahkamah Syariah Kota Bharu sebelum para pelajar mengikuti sesi taklimat pengenalan berkaitan struktur organisasi, peranan institusi kehakiman syariah serta etika berada di dalam kawasan mahkamah.

Program diteruskan dengan sesi penerangan berhubung pengurusan dan pengendalian kes-kes kekeluargaan Islam, termasuk proses pendaftaran kes, kaedah penyelesaian pertikaian melalui sulh dan runding cara, serta peranan jawatankuasa pendamai dalam membantu pihak-pihak yang berkonflik.

Para pelajar bersama guru pengiring turut berpeluang menyaksikan secara langsung prosiding perbicaraan beberapa kes berkaitan rumah tangga. Pendedahan ini memberikan gambaran sebenar tentang perjalanan sistem kehakiman syariah serta pelaksanaan undang-undang kekeluargaan Islam di peringkat mahkamah.

Selepas sesi pemerhatian tersebut, para pelajar mengikuti satu lagi sesi taklimat khas berkaitan fungsi dan peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), khususnya dalam aspek pelaksanaan perintah nafkah, penguatkuasaan keputusan mahkamah serta penyediaan bantuan sokongan kepada pihak yang terlibat dalam kes kekeluargaan Islam.

Lawatan ini diharap dapat memperluas pengetahuan serta pengalaman praktikal para pelajar mengenai realiti permasalahan kekeluargaan dalam masyarakat, di samping membentuk kefahaman yang lebih mendalam sebagai persediaan mereka dalam peranan sebagai pendakwah dan pendidik ummah pada masa hadapan.

#MAIK2026


flickr
www.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini210
Kelmarin7758
Minggu Ini40563
Bulan Ini40563
Jumlah Pengunjung62956534