PELANCARAN SISTEM eJARIAH MASJID

Berita 2025 Jumlah paparan: 13

Pada hari ini, 20 Februari 2025 telah berlangsungnya pelancaran Sistem eJariah Masjid yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK, sempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK Bagi Tahun 2024 di Hotel Perdana.

Sistem eJARIAH MASJID adalah platform sedekah One Stop Centre dalam talian yang dibangunkan secara MoU diantara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan Syarikat SecurePay Sdn Berhad.

Sistem ini membenarkan sedekah dibuat kepada pilihan 621 buah masjid melalui 2 kategori iaitu :

Kategori 1: Masjid Negeri, Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan

Kategori 2 : Masjid Mukim Negeri Kelantan.

Melalui mod pembayaran FPX, platform bayaran dalam talian ini menyediakan pilihan kepada orang ramai untuk membuat carian masjid mengikut jajahan dan mukim serta melaksanakan sedekah dengan 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛, 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧.

Transaksi sedekah juga boleh dibuat secara multiple transaction mengikut kategori masjid yang dipilih dengan dikenakan 1 kadar caj sahaja.

Ia dibangunkan bagi mewujudkan platform sedekah secara One Stop Centre secara atas talian, memudahkan platform sedekah secara sistematik dan berautoriti, menyediakan alternatif untuk meningkatkan tabungan masjid, meningkatkan kualiti pengurusan kewangan masjid disamping menyediakan e-perkhidmatan yang mudah, telus dan selamat.

Konsep pembangunan secara One Stop Centre juga akan memudahkan orang ramai membuat carian masjid, melaksanakan multiple transaction dengan satu kadar caj dan menerima resit transaksi secara real-time.

Dashboard sedekah juga disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan MAIK membuat pemantauan kepada transaksi orang ramai bagi memastikan sedekah yang disumbangkan dimanfaatkan dengan baik oleh masjid.

Selaras dengan peranan MAIK sebagai institusi agama, tanggungjawab dan amanah MAIK perlu diperluaskan dengan penyediaan akses yang mudah, telus dan selamat.

 

                                                 “ 𝐒𝐄𝐃𝐄𝐊𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇, 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐇”

 

Cetak
Admin
Admin