REZEKI TIDAK TERJANGKA

Berita 2025 Jumlah paparan: 48

“Trimo kasih banyok-banyoklah tolong kami”. Itulah ungkapan yang amat bermakna buat kami di MAIK. Ucapan ini menggambarkan yang betapa bantuan zakat kami berikan ini terlalu bermakna buat hidup mereka.

Ucapan ikhlas daripada Pakcik Zulkifli bin Omar bersama isteri Naseeroh binti Sulong yang disertai dengan senyuman itu melegakan kami dan memuaskan hati pembayar zakat MAIK kerana dapat membantu empat beranak ini.

Pakcik Zulkifli mengambil upah mencuci kubur dan madrasah, bukan itu sahaja dia juga melakukan kerja lain sebagai ‘prebet sapu’. Kak Naseeroh pula ambil upah mengemas rumah. Mereka juga perlu menjaga seorang anak yang sakit akibat kemalangan jalan raya. Dengan pendapatan tidak menentu sudah tentu sedikit sebanyak merungsingkan dan membebankan pasangan ini.

Mereka juga tinggal di rumah sewa dan kos ditanggung oleh salah seorang anaknya dengan bayaran RM270 sebulan.

Apa yang kami nak maklumkan, Pakcik Zulkifli tidak perlu risau, kami akan membantu meringankan kesulitan dan membawa sinar kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Hari ini, Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK) telah menyampaikan berita gembira buat mereka. Kami serahkan Bantuan Am berjumlah RM1,200. Bukan itu sahaja, kami akan tanggung kos bayaran bulanan rumah sewa mereka dan lebih menggembirakan lagi kami sediakan bantuan tetap bulanan sebanyak RM400 sebulan. Alhamdulillah rezeki tidak terjangka di bulan Ramadan. Semoga Allah SWT menggandakan keberkatan kepada hidup para pembayar zakat kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli (Setiausaha MAIK), Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin (Pegawai Pengurusan Projek) dan Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi (Pegawai Agihan Zakat MAIK) turut bersama menyantuni keluarga Pakcik Zulkifli.

Sempena Ramadan, Ayuh Sucikan Harta Dengan Berzakat

flickr

www.flickr.com
Cetak
Admin
Admin