SEBANYAK RM3.5 JUTA ZAKAT MAIK DIAGIHKAN UNTUK BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK ASNAF PADA TAHUN 2026
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan Asnaf bagi tahun 2026 yang melibatkan seramai 25,578 pelajar di seluruh jajahan.
Bantuan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM150 seorang ini diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan keluarga asnaf fakir dan miskin.
Bantuan ini adalah hasil daripada sumbangan para pembayar zakat yang sentiasa memberi kepercayaan kepada MAIK dalam menguruskan dan mengagihkan zakat secara telus serta berkesan kepada golongan memerlukan.
Alhamdulillah pada hari ini seramai 210 pelajar di bawah Masjid Mukim Zon Bachok telah menerima bantuan persekolahan tersebut sempena Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Asnaf Tahun 2026 dan Penyerahan Replika Kunci Rumah MAIK diadakan di Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok.
Bantuan tersebut sampaikan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan Bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.
Majlis turut dihadiri Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis Bin Hussein ( Timbalan Yang Dipertua, MAIK ), Yang Berbahagia Datin Dr. Norehan Binti Mohd Hashim ( Isteri Timbalan Yang Dipertua, MAIK), Yang Amat Berusaha Tuan Haji Mohd Zaki Bin Yusoff ( Ketua Jajahan Bachok ), Yang Berbahagia Puan Hajah Zanida Binti Shafie ( Isteri Ketua Jajahan Bachok ), Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani Bin Ramli ( Setiausaha, MAIK ), Yang Berbahagia Puan Hajah Nur Hidayah Binti Ramli ( Isteri Setiausaha, MAIK ) dan YDH. Superintenden Mohamad Ismail Bin Jamaluddin (Ketua Polis Daerah Bachok).
