SUMBANGAN BAKUL HARI RAYA KEPADA KIR ORANG ASLI CERIAKAN SYAWAL 2025

Berita 2025 Jumlah paparan: 33

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal meraikan Syawal dan tidak dilupakan juga buat saudara kita, masyarakat Orang Asli Muslim yang turut merayakannya nanti.

Bagi memeriahkan lagi lebaran mereka, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) dengan kerjasama Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, Pejabat Tanah Jajahan Kecil Lojing, JAKOA, Pejabat Hutan, Majlis Daerah Gua Musang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia telah mengadakan Program Penghantaran dan Pengagihan Sumbangan Bakul Hari Raya Aidilfitri kepada Ketua Isi Rumah Masyarakat Orang Asli Muslim.

Pelepasan rombongan penghantaran bantuan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Gua Musang.

Hadir sama, Yang Berusaha Ustaz Fadly Hisyam bin Mat Jun (Pegawai Dakwah MAIK), Al- Fadhil Ustaz Othman bin Saufi (Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang) dan pegawai dari jabatan dan agensi yang terlibat.

Sumbangan tersebut melibatkan 21 pos dan perkampungan Orang Asli di sekitar Gua Musang dan Jeli yang antaranya Pos Brooke, Pos Pasik, Pos Lebir, Pos Gob, Pos Simpor, Pos Balar, Pos Belatim, Pos Bihai, RPS Kuala Betis dan Pos Sungai Rual.

Ia disampaikan bagi membantu golongan yang memerlukan, khususnya komuniti Orang Asli, agar mereka dapat menikmati kemeriahan Syawal seperti masyarakat lain.

Penghantaran bermula pada 24 Mac dan agihan berakhir pada semalam.

Sebanyak 3,700 bakul makanan dan barangan keperluan asas telah diagihkan kepada keluarga Muslim.

Program ini, salah satu inisiatif tahunan MAIK dalam usaha meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan.

Diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan mereka menjelang Aidilfitri dan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat.

Pihak MAIK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi menjayakan program penghantaran dan pengagihan sumbangan bakul Hari Raya Aidilfitri ini.

#MAIK2025

#DakwahMAIK

flickr

www.flickr.com
Cetak
Admin
Admin