faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BERANGKAT HAYATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ BERSAMA LEBIH 1,000 RAKYAT JELATA

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan lsmail Petra, Tengku Mahkota Kelantan berkenan berangkat bagi bersama-sama rakyat jelata menghayati keistimewaan peristiwa Israk dan Mikraj.

Keberangkatan Baginda bersempena dengan majlis Memperingati Israk dan Mikraj Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1447/2026M yang diadakan Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu dan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,000 rakyat jelata.

Baginda kemudian berkenan menunaikan solat Maghrib yang diimamkan oleh Al-Fadhil Dr. Haji Muhamad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan.

Seterusnya, Baginda berkenan mendengar ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Pensyarah Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Baginda menunaikan solat Isyak berjemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Majlis malam ini turut dihadiri Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan dan Yang Amat Berbahagia, Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Bersempena dengan ceramah khas malam ini, ayuhlah sama-sama kita hayati dan jadikan ia sebagai pesanan yang amat penting dalam hidup yang mana penceramah jemputan telah mengingatkan kita supaya jangan sesekali mengabaikan solat agar kita dipandang mulia di sisi ALLAH SWT nanti. 

#MAIK2026

#IsrakdanMikraj1447H

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini306
Kelmarin7758
Minggu Ini40659
Bulan Ini40659
Jumlah Pengunjung62956630