faq lokasi aduan peta


BERITA 2026

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TERIMA KASIH MAIK SEBAB ARWAH SEMPAT MERASA

“Terima kasih banyok MAIK sebab gemuloh (arwah) sempat raso duduk rumoh baru”. Kata-kata itu diucapkan dalam nada sebak oleh seorang wanita kepada kami. Ketika bersalam kami lihat matanya masih merah dan berkaca.

Wajahnya nampak suram dan sedih kerana dua jam sebelum itu, salah seorang ahli keluarga dia baru sahaja meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bachok selepas rebah di Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok. Di tempat kami mengadakan majlis penyampaian sumbangan. Saudaranya itu, tiba-tiba rebah tengah hari tadi ketika menunggu berlangsungnya majlis penyampaian.

Saudaranya itu, merupakan suami kepada Puan Noor Rizan, adalah penerima bantuan, Rumah Kediaman MAIK dan kami dimaklumkan oleh wanita tersebut arwah yang mempunyai anak-anak yang masih kecil itu baru sahaja mendiami rumah tiga bilik tersebut sekitar 5 bulan lalu dan sumbangan rumah zakat MAIK itu amat bermakna buat keluarga sederhana mereka.

Arwah antara 24 keluarga yang menerima Bantuan Rumah Kediaman MAIK di Jajahan Bachok dan pada hari ini telah menerima replika kunci rumah daripada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan sempena Majlis Pelancaran Bantuan Awal Persekolahan Asnaf Tahun 2026 dan Penyerahan Replika Kunci Rumah MAIK.

Setelah mendapat khabar sedih itu, sejurus selesainya majlis tersebut, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan telah segera menziarahi keluarga tersebut di Klinik Kesihatan Bachok dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang mendapat redha Allah SWT. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

#MAIK2026

 

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini330
Kelmarin7758
Minggu Ini40683
Bulan Ini40683
Jumlah Pengunjung62956654