faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH WANG ZAKAT LEBIH RM 233 JUTA SEPANJANG TAHUN 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan wang zakat sebanyak RM233,626,537 pada tahun 2023 yang mana agihan ini mencatat peningkatan 17 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM200,265,725.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK dalam Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan MAIK Tahun 2023 di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Peningkatan jumlah sumbangan telah melibatkan agihan untuk Asnaf Fisabilillah, Asnaf Mualaf; Asnaf Amil, Al-Gharimin, Al-Riqab, Ibnu Sabil dan seterusnya Asnaf Fakir dan Miskin.

Pengumuman secara langsung menerusi platform media sosial MAIK itu menyaksikan agihan Program Asnaf Fakir dan Miskin telah mencatat pecahan terbesar dalam program agihan zakat yang mana sejumlah RM 97,843,741 telah diagihkan sepanjang Januari hingga Disember.

Kumpulan agihan seterusnya adalah Asnaf Fisabilillah. Dana berjumlah RM95,150,322 telah dibelanjakan untuk asnaf fisabilillah dan menjadi segmen kedua terbesar dalam program agihan zakat maik.

Pada tahun 2023 juga, MAIK memperuntukkan segmen Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Mukim berjumlah RM15,849,505. Jumlah besar ini adalah daripada 3 program sumbangan.

Selain itu terdapat pelbagai lagi agihan zakat yang dilaksanakan oleh pihak MAIK hasil harta yang diinfakkan menerusi kami.

MAIK turut memaklumkan yang kutipan zakat pada tahun 2023 mencatatkan peningkatan sebanyak 12 peratus iaitu RM256,846,401 berbanding RM228,986,322 pada tahun 2022.

Majlis turut dihadiri, Yang Berhormat Ustaz Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

Pada majlis tersebut juga turut diadakan serahan Bantuan Rumah Kediaman Asnaf MAIK Tahun 2024 berjumlah lebih RM12 juta kepada ketua-ketua jajahan dan juga serahan sumbangan untuk Badan Bukan Kerajaan bernilai lebih RM3.7 juta melibatkan 19 NGO.

 


Print   Email

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3233
Kelmarin3129
Minggu Ini20721
Bulan Ini93783
Jumlah Pengunjung30916955