MAIK PERUNTUK LEBIH RM12 JUTA BANTU ASNAF MILIKI RUMAH TAHUN 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan lebih RM12 juta pada tahun 2024 untuk Bantuan Rumah Kediaman Asnaf MAIK.
Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK kepada ketua-ketua jajahan.
Ia disampaikan pada Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan MAIK Tahun 2023 pada Khamis, 29 Februari 2024 di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Wang berkenaan akan digunakan untuk membina 18 buah rumah di setiap jajahan.
Bantuan Rumah Kediaman MAIK ini adalah bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baharu.
Keutamaan skim bantuan ini diberikan kepada asnaf fakir dan miskin; ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya.
Sementara itu, pada tahun 2023 pihak MAIK telah membelanjakan RM13,993,670 untuk membina rumah kepada 203 keluarga.
Bermula tahun 2022, MAIK telah mempelbagaikan kategori rumah iaitu Bantuan Rumah Kediaman tiga bilik berharga RM65,000; empat bilik dengan harga RM73,000 dan lima bilik bernilai RM80,000.
Nak sama-sama membantu? Jom berzakat dengan MAIK.