PROGRAM JALINAN UKHUWAH ANTARA SISWI 2025 DARUL QURAN MAIK

Berita 2025 Hits: 52

Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (DQ MAIK) telah mengadakan Program Jalinan Ukhuwah Antara Siswi 2025 yang melibatkan seramai 19 pelajar banat.

Program pada 13 Febuari 2025, disertai 9 pelajar banat semester 2 dan 10 lagi dari semester 4 bersama 4 kakitangan DQ MAIK yang diadakan di Tanjung Demong Beach Resort, Kampung Raja, Terengganu.

Ia dilaksanakan bagi memperkukuhkan hubungan sesama siswi dan membina semangat bekerjasama dalam kalangan mereka selian memberi peluang kepada para siswi untuk berinteraksi secara santai dan membantu penjagaan kesihatan badan.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik sebagai pengisian bermanfaat kepada peserta yang antaranya sukaneka di tepi pantai, tebuk hafazan di dalam dewan, bola tampar dan barbeku pada sebelah malamnya.

Aktiviti ini memberikan peluang untuk siswi mengenali diri sendiri, melatih semangat berpasukan, serta meningkatkan kemahiran sosial.

Semoga semua peserta dapat menerapkan nilai-nilai murni yang didedahkan sepanjang program dalam kehidupan mereka supaya hubungan antara satu sama lain sentiasa harmoni dan juga adik-adik banat kita bersemangat untuk belajar nanti.

 

flickr

www.flickr.com
Print
Admin
Admin