TEMUDUGA KEMASUKAN PENGHUNI BAHARU KE RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DARUL AITAM MAIK TAHUN 2025

Berita 2025 Hits: 41

Rumah Kebajikan Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima seramai 25 penghuni baharu untuk kemasukan tahun 2025 terdiri daripada 18 putera dan 7 puteri. Sesi temuduga telah diadakan pada 2 Februari 2025 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Blok Pentadbiran Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Panji.

Panel pemilihan calon untuk kemasukan tahun 2025 diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli (Setiausaha MAIK) dan panel lain terdiri daripada Yang Berhormat Sahibul Samahah, Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Ahli Lembaga Darul Aitam MAIK), Yang Setia Mejar Bersara Mohd Noor bin Hussain (Ahli Lembaga Darul Aitam MAIK), Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Afifi bin Ahmad@ Ahmad Ashaari (Pengurus KIJPSIP), Yang Mulia Tuan Zahira binti Tuan Ismail (Pegawai Pematuhan MAIK) dan Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam MAIK.

Turut bersama ialah pembantu-pembantu kanan KIJPSIP dan penyelia asrama putera dan puteri. Alhamdulillah proses temuduga berjalan lancar.

#MAIK2025

#ZAKATMAIK

 

flickr

www.flickr.com
Print
Admin
Admin