MAIK RASAI KELUH KESAH MANGSA BANJIR DI PASIR MAS

Berita 2024 Hits: 171

Keluh kesah yang dihadapi mangsa banjir di jajahan Pasir Mas turut dirasai oleh pihak MAIK dan pada hari ini, kami turun padang menyampaikan sumbangan segera kepada mereka.

Sumbangan kegunaan harian seperti selimut, tikar, 10,000 kilogram beras, perkakasan memasak, termasuk kawah, gas dan periuk serta susu untuk bayi telah diserahkan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK kepada Yang Amat Berusaha Tuan Haji Rusydee bin Abdullah, Ketua Jajahan Pasir Mas.

Serahan segera barangan tersebut bagi membantu mangsa banjir di 30 buah pusat pemindahan sementara sekitar Pasir Mas itu diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas. Sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir akan dilakukan oleh pihak MAIK dengan kadar segera.

#MAIK2024

#prayforkelantan2024

 

flickr

www.flickr.com
Print
Admin
Admin