LAWATAN SEKOLAH RENDAH ISLAM (SRI) AL HILAL KE PERPUSTAKAAN MAIK DI KOTA BHARU

Berita 2022 Jumlah paparan: 1181
pustaka1 pustaka2

Seramai 36 murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Hilal, Kota Bharu bersama enam orang guru telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang terletak di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu baru-baru ini.

Lawatan berkenaan diadakan sebagai galakkan budaya membaca dalam kalangan murid bermula dari sekolah rendah lagi disamping memberikan pengalaman kepada mereka untuk menikmati suasana membaca di perpustakaan yang terletak di luar dari kawasan sekolah.

Terdapat lebih 30 ribu nashkah buku dan kitab untuk rujukan orang ramai. Perpustakaan MAIK juga terbuka untuk kegunaan orang awam dan masyarakat sekitar.

Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

AHAD – RABU : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

KHAMIS : 8.00 PAGI – 3.30 PETANG

JUMAAT – SABTU & CUTI UMUM : TUTUP

#MAIK2022

Cetak
Admin
Admin