Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH SWT, pada 17 Oktober lalu, Ketua Jajahan Bachok merangkap Pengerusi Masjid Mahmoodi Bachok, YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed diiringi Imam Tua Al-Fadhil Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK telah hadir bagi menyampaikan sumbangan sempena Program Jejak Asnaf Siri 2 di mukim Kampung Kubang Golok, Bachok.
MAIK telah mengagihkan wang zakat sebanyak RM4,700 membabitkan 5 keluarga asnaf yang tercicir. Kadar bantuan ini ditentukan mengikut keperluan dan bilangan tanggungan.
Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mampu meringankan beban para asnaf. Insya-ALLAH.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar zakat MAIK.
π¨π΅π«π¨ π―π¬πΉπΆ π¨πΊπ΅π¨π
![]() |
![]() |
Β
Β