PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) KEMASUKAN FEBRUARI 2024

Berita 2023 Jumlah paparan: 2094

KURSUS YANG DITAWARKAN :

  1. Kursus Jahitan dan Sulaman (Wanita sahaja).
  2. Kursus Automotif-Membaiki Motosikal (Lelaki sahaja).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
  2. Bujang
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
  4. Beragama Islam.
  5. Asnaf yang layak menerima zakat.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

  1. Asrama Lelaki dan Perempuan.
  2. Elaun setiap bulan.

MODUL PEMBELAJARAN:

 Cara memohon dan Tarikh Tutup Permohonan :

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan KLIK DISINI atau imbas (scan) QR Code yang disediakan di dalam portal rasmi dan media sosial Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bermula 16 Oktober 2023 sehingga 25 Disember 2023.

Atau, QR Code juga boleh didapati di:-

MASJID-MASJID BANDAR DAN JAJAHAN:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Permohonan boleh dibuat bermula pada 16 OKTOBER 2023 SEHINGGA 25 DISEMBER 2023.  Permohonan selepas pada tarikh tutup TIDAK akan di ambil kira.

Untuk keterengan lanjut sila hubungi : 09-7481512 atau sambungan 277 & 278

Cetak
Admin
Admin