MAJLIS SANTUNI PENGHUNI DARUL AITAM MAIK DAN JAMUAN TENGAH HARI BERSAMA

Berita 2023 Jumlah paparan: 535

Pengurusan Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Santuni Penghuni Darul Aitam MAIK dan Jamuan Tengah Hari Bersama yang berlangsung pada 21 Januari 2023 di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP) Panji.

Majlis yang melibatkan kesemua penghuni Darul Aitam MAIK, kakitangan Darul Aitam MAIK dan KIJPSIP itu telah dimulakan dengan titipan kata-kata motivasi daripada Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Haji Mohammad Shukri bin Mohammad, Mufti Negeri Kelantan.

Majlis juga diserikan dengan ucapa aluan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Bik Khatijah@Zubaidah binti Nik Man selaku pengarah program.

Majlis ini turut dihadiri tetamu kehormat, Ahli Lembaga Darul Aitam MAIK dan guru-guru Al-Quran Darul Aitam MAIK.

Program ini diadakan bagi meraikan dan menyantuni anak-anak yatim Darul Aitam MAIK dan makan bersama selaras dengan tema majlis “Prihatin, Hormat dan Kasih Sayang”.

flickr

www.flickr.com

 

 

 

Cetak
Admin
Admin