![]() |
![]() |
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad telah menyampaikan waqaf tunai sebanyak RM100,000.00 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK.
Turut mengiringi adalah Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang dipertua MAIK.
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad telah diwakili oleh YBrs Encik Yassir Azlin bin Abdul Ghaffar, Ketua Pegawai Pengedaran dan YBrs. Encik Fakhrul Zaman bin Othman, Pengurus Cawangan Kota Bharu.
Majlis ringkas telah diadakan di Pekarangan Dewan Mesyuarat Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, di MAIK.
Terima kasih kepada semua pewakaf. Kami doakan sempena bulan penuh keberkatan dan doa dimakbulkan ini, semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran berlipat kali ganda kepada semua pewakaf. Amin, amin, amin Ya Rabbal Alamin.
Waqaf Tunai MAIK "Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit"