MAIK TURUT MEMBANTU MANGSA BANJIR DI JAJAHAN TANAH MERAH

Berita 2024 Jumlah paparan: 115

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut membantu mangsa-mangsa banjir di Jajahan Tanah Merah dengan menghulurkan pelbagai jenis barangan kegunaan harian dan keperluan lain melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah.

Antaranya, ialah lampin pakai buang, tuala, susu kanak-kanak, biskut, ubat gigi dan biskut. Semoga bantuan yang dihulurkan ini dapat mengurangkan kesulitan mangsa banjir di Jajahan Tanah Merah.

Bantuan tersebut diserahkan di pekarangan Pejabat MAIK oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK kepada Yang Amat Berusaha Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Tanah Merah.

Sesi penyerahan sumbangan turut dihadiri Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin @ Hashim, Pegawai Pengurusan Projek MAIK dan Yang Berusaha Puan Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Agihan

Zakat MAIK.

#MAIK2024

#prayforkelantan2024

 

flickr

www.flickr.com
Cetak
Admin
Admin