PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) KEMASUKAN SESI 2024

Berita 2024 Jumlah paparan: 2913

KURSUS YANG DITAWARKAN :

  1. Kursus Jahitan dan Sulaman (Wanita sahaja).
  2. Kursus Automotif-Membaiki Motosikal (Lelaki sahaja).
  3. Sesi pembelajaran selama 10 bulan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh kursus bermula.
  2. Bujang
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
  4. Beragama Islam.
  5. Asnaf yang layak menerima zakat.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

  1. Asrama Lelaki dan Perempuan.
  2. Elaun sebanyak RM300 sebulan.

MODUL PEMBELAJARAN:

 Cara memohon dan Tarikh Tutup Permohonan :

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan KLIK DI SINI atau imbas (scan) QR Code yang disediakan di dalam Portal Rasmi dan Media Sosial Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bermula 21 FEBRUARI 2024 SEHINGGA 29 FEBRUARI 2024.

Atau, QR Code juga boleh didapati di:-

MASJID-MASJID BANDAR DAN JAJAHAN:

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

Permohonan boleh dibuat bermula pada 21 FEBRUARI 2024 SEHINGGA 29 FEBRUARI 2024. Permohonan selepas pada tarikh tutup TIDAK akan di ambil kira.

Untuk keterengan lanjut sila hubungi : 09-7481512 atau sambungan 277 & 278

Cetak
Admin
Admin