faq lokasi aduan peta

BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JAKAMM ADALAH TULANG BELAKANG KAMI

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Penyampaian Tauliah serta Taklimat Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan Agama Masjid Mukim (JAKAMM) bagi Jajahan Kota Bharu bertempat di Hotel Renai, Kota Bharu.

Majlis disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK, yang dalam ucapannya menegaskan bahawa pelantikan JAKAMM merupakan amanah besar dalam usaha memakmurkan rumah ALLAH serta memperkukuh tadbir urus masjid di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, JAKAMM berperanan sebagai tulang belakang kepada imam tua dalam memastikan pengurusan masjid berjalan lancar, telus dan berkesan, selain menjadi penghubung utama antara masyarakat mukim dan MAIK.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Haji Muhamad Rasani bin Ramli (Setiausaha MAIK), Al-Fadhil Dr. Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah (Imam Besar Negeri Kelantan), Al-Fadhil Ustaz Haji Ridhwan bin Abdul Rahman (Ketua Pegawai Baitulmal MAIK) dan Al-Fadhil Ustaz Haji Roslee bin Haji Ismail (Pegawai Imarah Masjid MAIK).

Menurut Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK, kepimpinan dalam Islam adalah amanah yang menuntut disiplin, keikhlasan dan komitmen.

Justeru, beliau mengingatkan para imam dan ahli JAKAMM agar sentiasa menjaga integriti, mengutamakan kebajikan masyarakat serta memelihara maruah jawatan yang dipertanggungjawabkan.

JAKAMM yang ditubuhkan di bawah inisiatif strategik MAIK ini berfungsi dalam lima bidang utama iaitu pengurusan masjid, kebajikan masyarakat, pendidikan dan dakwah, kebersihan serta keselamatan aset masjid, dan pengurusan kewangan serta infaq.

Majlis yang berlangsung pada 8 Disember 2025 ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan pentadbiran agama di peringkat mukim serta memastikan masjid terus berperanan sebagai pusat ibadah, perpaduan dan pembangunan masyarakat.

#MAIK2025

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini452
Kelmarin3822
Minggu Ini4274
Bulan Ini81385
Jumlah Pengunjung67284461