faq lokasi aduan peta

BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK TERIMA KUNJUNGAN MAIDAM BAGI PERKONGSIAN ILMU SISTEM E-AGIHAN DAN PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official (MAIDAM) yang berbesar hati mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Delegasi MAIDAM diketuai Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Nordin bin Alias, Penolong Kanan Setiausaha (Teknologi Maklumat) bersama 12 yang lain terdiri daripada wakil Unit Teknologi Maklumat, Unit Agihan Zakat dan Unit Audit ini berada di sini selama dua hari bermula 10 hingga 11 November 2025.

Kedatangan mereka adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan keistimewaan Sistem eAgihan MAIK yang dibangunkan sendiri oleh pihak MAIK dan telah memenangi anugerah di peringkat negeri serta kebangsaan.

Pada hari pertama, telah berlangsungnya sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan Dato’ Laksamana, Tingkat 4 MAIK. Selain mendapatkan taklimat berkaitan Sistem eAgihan MAIK yang disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Marziati binti Haji Yusoff selaku Pegawai Teknologi Maklumat MAIK, delegasi MAIDAM juga turut berminat untuk mengetahui berkaitan dengan kutipan zakat MAIK, pengurusan agihan zakat termasuklah bantuan pendidikan, bantuan rumah dan juga pembangunan sosio ekonomi asnaf.

Para delegasi telah mendapat penjelasan terbaik daripada para pegawai MAIK yang turut serta hadir iaitu Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah (Ketua Pegawai Zakat, MAIK), YBrs. Puan Siti Farahida binti Fauzi (Pegawai Agihan Zakat, MAIK), YBrs. Cik Nur Hanis binti Alias (Pegawai Tadbir Pendidikan, MAIK), YBrs. Encik Muhammad Aiman bin Hamat (Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi, MAIK), YBrs. Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim (Pegawai Komunikasi Korporat, MAIK) dan YBrs. Puan Noor Amira binti Che Soh, (Pegawai Projek Khas, MAIK).

Semoga pertemuan ini dapat memperhebatkan lagi kedua-dua badan yang menguruskan zakat dalam membantu asnaf fakir dan miskin.

#MAIK2025

 

flickrwww.flickr.com


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini410
Kelmarin3822
Minggu Ini4232
Bulan Ini81343
Jumlah Pengunjung67284419