UKHUWAH DIPERKUAT, AMANAH DIPERTINGKAT : PROGRAM TEAM BUILDING MAIK SEMARAKKAN SEMANGAT KERJASAMA
Seramai 44 orang kakitangan Gred 5 hingga 7 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyertai Program Team Building MAIK 2025 bertemakan “Ukhuwah Diperkuat, Amanah Dipertingkat” yang diadakan selama empat hari tiga malam di Bukit Merah Laketown Resort, Perak.
Program yang berlangsung dari 12 hingga 15 November 2025 ini bertujuan memupuk budaya kerja positif di samping membentuk pasukan kerja yang berdisiplin, kreatif dan produktif dalam kalangan warga MAIK.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program ialah Ice Breaking, Laketown Amazing Race, Telematch Waterpark Challenge, Nite Walk & Reflection, Water Rafting dan Pasir Park Games. Kesemua aktiviti dirancang bagi menguji kerjasama, komunikasi, daya tahan mental serta semangat kepimpinan dalam kalangan peserta.
Selain mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja, program ini juga berjaya membentuk semangat kekitaan dan meningkatkan komitmen peserta terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. Program berakhir dengan suasana penuh semangat dan komitmen untuk membawa nilai ukhuwah serta amanah yang diperoleh sepanjang program ke tempat kerja masing-masing.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, fasilitator dan urus setia yang terlibat dalam menjayakan program ini.
