SYARAT KELAYAKAN :
- Anak yatim atau yatim piatu;
- Berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun;
- Keutamaan kepada peranakan negeri Kelantan dan ibu bapa berasal dari Negeri Kelantan;
- Keluarga yang kurang berkemampuan (miskin) dan mempunyai tanggungan yang ramai;
- Pendapatan penjaga tidak melebihi RM1,500.00 dengan tanggungan tidak kurang daripada 3 orang;
- Bilangan adik-beradik yang tinggal di Darul Aitam MAIK terhad kepada 2 orang sahaja;
- Sihat tubuh badan / fizikal dan bekelakuan baik; dan
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai tahap akademik sederhana dan ke atas.
PROSES PERMOHONAN:
- Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi Borang Permohonan Kemasukan Penghuni Darul Aitam MAIK.
- Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen- dokumen yang diperlukan ke Pejabat Darul Aitam MAIK.
- Pihak Darul Aitam MAIK akan mengadakan lawat siasat ke rumah-rumah pemohon.
- Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Proses temuduga akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan. Pemohon bersama ibu/penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.
- Pemohon berjaya akan mendaftar masuk ke Darul Aitam MAIK pada tarikh yang ditetapkan.
- Borang permohonan boleh dimuat turun di bahagian MUAT TURUN portal MAIK dan juga boleh didapati di Pejabat Darul Aitam seperti berikut:
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Aitam MAIK
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji,
16100 Kota Bharu.
No Telefon: 09- 7715770