SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- (a) Institusi agama yang berdaftar dengan MAIK sahaja yang layak dipertimbangkan bantuan kecuali mendapat pertimbangan khas daripada Jawatankuasa Penilaian Agihan Zakat (JPAZ).
- (b) Permohonan hanya setahun sekali.
- (c) Permohonan dinilai berdasarkan penyata akaun masjid (terkini) .
KAEDAH MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan beserta dokumen berikut :
- (a) Penyata Akaun masjid/surat yang terkini.
- (b) Melampirkan borang permohonan ini.
- (c) Melampirkan layout/lakaran masjid bagi keperluan sumbangan pemasangan CCTV, Sistem Multimedia dan keperluan paparan digital.
- (d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober setiap tahun.
Permohonan boleh dihantar ke MAIK sama ada melalui Pos / Serahan sendiri atau melalui emel rasmi MAIK.