Memulakan Pengasuh kali ini ialah satu coretan buat para pendidik nukilan Ustaz Wan Bahruddin b. Wan Mamat. Coretan yang mengajak para pembaca merenung jauh segala penat lelah para mendidik dalam menggalas tanggungjawab mereka. Melalui tulisan Dr. Mohamad Kamil b. Hj Abdul Majid pula: “Niat dan Ikhlas Asas Kerohanian: Tinjauan dari perspektif al-Qaradawi”, Pengasuh cuba mengajak pembaca memahami persoalan ini dengan sebaiknya. Turut dimuatkan perbincangan tentang “Had Fardu Menyapu Kepala Ketika Berwuduk: Satu tinjauan Perbandingan Mazhab” oleh Mohd Nor Hashri B. Junoh, “Kaedah Pembahagian Pusaka di kalangan Waris,” tulisan En. Mohd Khairy bin Kamaruddin, Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.