Gambar peserta program ziarah orang asli di perkampungan orang asli Kg. Redip dan Kg. Galang, Pos Hau Gua Musang menghiasi muka depan majalah Pengasuh kali ini. Program bermisikan dakwah bil hal kepada masyarakat orang asli diharap dapat memberi input yang sebaiknya kepada mereka yang belum lagi menerima agama Islam. Satu coretan tentang gambaran dakwah bil hal ini oleh Mohd Nor Hashri b. Junoh memulakan siri artikel Pengasuh kali ini. Turut dimuatkan artikel bertajuk “Cabaran Pendakwah” oleh Ustaz Wan Bahruddin al-Kelantani, “Cabaran dan Realiti dakwah menurut pandangan Hamka dalam tafsir al-Azhar” oleh Dr. Abdul Hafiz B. Hj. Abdullah, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.