Ikuti kisah menuntut ilmu zaman remaja seorang tokoh agamawan Kelantan di dalam tulisan yang bertajuk “Safar Ilmu di Bumi Anbiya’” oleh Mohd Nor Hashri B. Junoh. Ikuti juga kisah hidup seorang lagi tokoh yang pernah menjadi kolumnis ruangan Tafsir al-Qur’an di dalam majalah Pengasuh sekitar tahun 1965, iaitu Dato’ Dr. Wan Husin Azmi B. Wan Abdul Kadir. Tulisan ini ditulis oleh Abdullah Aqil Faqihi B. Che Rahim dan Mazlan B. Ibrahim. Ikuti juga lain-lain tulisan yang menarik; al-“Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan Kitab Bulughul Maram”, tulisan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Muhiden B. Abd Rahman, “Koleksi Khutbah Yusuf al-Qaradhawi” oleh Dr. Mohamad Kamil B. Ab Majid dan Ibrahim Majdi B. Mohamad Kamil, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.