Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Pemikiran ateisma dari perspektif akidah Islam” oleh Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Penulis artikel ini cuba untuk merungkai corak pemikiran golongan ateisma serta menghuraikannya menurut perspektif akidah Islam. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Pendidikan dan Ulama Awal di kampung Kutan” oleh Wan Baharuddin al-Kutani, “Pakcu Haji Mat Saman” oleh Ismail Che Daud, “The Principle and Values of Islamic Management” oleh Dr Haji Azman Che Omar, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.