Tiga rangkap puisi karya Imam al-Syafie disiarkan buat tatapan para penuntut ilmu. Puisi yang boleh menjadi perangsang kepada para penuntut ilmu agar dapat menempuh segala kejerihan dalam berguru. Disiarkan juga artikel yang bertajuk “Apakah yang telah diseludup oleh Syiah ke dalam Sejarah Islam” tulisan Syaikh Salih bin Abdullah al-Muhaisin terjemahan Mohd Hanif Awang Yahya, “Sejarah Perkembangan Majalah Pengasuh” oleh Dr. Faisal B. Abdul Hamid, “Analisis Laporan MAIK Mengenai Ajaran Sesat Sebelum Perang Dunia Kedua” tulisan Dr. Haryati Binti Hasan pensyarah UPSI, “Konsep Pernikahan dan Hikmahnya Menurut Perspektif Islam” oleh Ustaz Ahmad Mujahidin B. Hj. Yusuf, pensyarah KIAS Nilam Puri, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya dari majalah Pengasuh keluaran kali ini.