faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Sebuah rumah yang didiami oleh Imam Tuan Masjid Kamel Hassan, Mukim Pendek, Kota Bharu yang terlatek berhampiran dengan kawasan masjid telah musnah dalam  kebakaran pada 25 Februari, 2018 lebih kurang jam 3.00 petang.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan  kepada  Tuan Haji Malek bin Ab. Rahman, Imam Tua Masjid Kamel Hassan pada 26 Februari, 2018  sebagai tanda simpati di atas bencana yang menimpa keluarga ini dan diharapkan ianya dapat meringankan sedikit kesulitan yang ditanggung akibat bencana ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2278
Kelmarin3481
Minggu Ini17580
Bulan Ini46299
Jumlah Pengunjung27512742