faq lokasi aduan peta


SEJARAH PENUBUHAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Image

SEJARAH PENUBUHAN : MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.
"Bahawasa di dalam mesyuarat Council pada hari Selasa, 30 Muharram 1334 bersamaan dengan 7 Disember 1915, sesungguhnya telah suka kita mekurniakan kepada anak-anak negeri kita satu majlis yang bernama "Majlis Ugama dan Istiadat Melayu" kerana menimbangkan bagi kebajikan negeri Kelantan. Maka dengan sebab demikian itu, inilah hari yang kita mulai buka Majlis ini kepada pengetahuan anak negeri kita supaya mereka itu mengetahui akan maksud kita kurniakan Majlis ini. Adalah tujuan kita perkataan "ugama" itu ialah tiap-tiap perkara yang mendatangkan muslihat kepada sekalian anak negeri kita lagi menambahkan bagi kebajikan Kelantan. Dan kita kehendaki bagi perkataan "Istiadat Melayu" itu ialah yang melengkapi atas adat dan adab Melayu yang dengan elok dan sayodia diperlihara akan dia mengikut bagaimana peredaran masa....."

- KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV
Image
Image
Dari kiri : Tok Kenali, Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja dan Dato' Laksamana
Image
KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV

Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :

  1. Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja)
  2. Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said (Dato' Laksamana)
  3. Haji Muhammad Yusof Bin Ahmad (Tok Kenali)

Pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334, MAIK dimasyurkan penubuhannya oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV dalam suatu istiadat gilang gemilang di Pejabat Tanah lama Kota Bharu, di hadapan orang-orang kenamaan negeri, dengan disaksikan oleh sebahagian besar rakyat Kelantan.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini184
Kelmarin3078
Minggu Ini13336
Bulan Ini103510
Jumlah Pengunjung22988114