faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MANGSA KEBAKARAN MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Kesukaran menjalani kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh Minah bt Dollah ekoran kebakaran rumah kediaman sedikit terubat dengan kunjungan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK untuk menyampaikan sumbangan wang zakat berjumlah RM2000. Rumah yang didiami oleh beliau di Kampung Gaung, Lati, Pasir Mas bersama seorang anak, menantu serta 4 orang cucu telah terlibat dengan kebakaran pada 27 Mac, 2018. Kebakaran berpunca daripada litar pintas dan memusnahkan keseluruhan rumah tersebut namun tiada kemalangan jiwa.

Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan  kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini568
Kelmarin3427
Minggu Ini10475
Bulan Ini52584
Jumlah Pengunjung27065655