faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

IBU TUNGGAL MENDAPAT SUMBANGAN MAIK

Seorang ibu tunggal, Puan Norlida binti Mohamed Noor yang tinggal di Kampung Batu 6, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan meneriman kunjungan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK untuk menyampaikan sumbangan wang zakat. Beliau telah bercerai dengan suaminya yang kini berada di penjara dan dijangka keluar pada tahun 2020. Puan Norlida bekerja sebagai Pembantu Kedai Makan dengan pendapatan RM30.00 sehari di samping mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 sebulan. Mempunyai 6 orang anak yang berumur  2 hingga 14 tahun di mana anak sulong tidak bersekolah dan anak yang kedua jarang ke sekolah kerana kekangan kewangan. Rumah yang didiami oleh keluarga ini merupakan rumah sewa tetapi pemilik rumah bermurah hati membenarkan mereka sekeluarga tinggal secara percuma dengan hanya membayar bil utiliti sahaja.

Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan  kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1478
Kelmarin3166
Minggu Ini7374
Bulan Ini57005
Jumlah Pengunjung27523448