faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

LAPORAN PROMOSI ZAKAT BULAN FEBRUARI BAGI TAHUN 2018

Unit Zakat MAIK telah mengadakan siri promosi zakat sepanjang bagi bulan Februari 2018 di seluruh Negeri Kelantan dengan kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta. Siri promosi zakat yang melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.

Aktiviti Promosi Bulan Februari adalah sebagaimana berikut:

  1. I) Jenis Promosi : Taklimat Zakat

                             1) Taklimat Zakat di Jabatan Perangkaan Malaysia, Kota Bharu

                             2) Taklimat Zakat di S.K To’ Uban

                             3) Taklimat Zakat di S.K Gong Manak              

                             4) Taklimat Zakat di S.K Sri Wangi 2

                             5) Taklimat Zakat di S.K Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas

                             6) Taklimat Zakat di S.K Temalir, Kuala Krai

                             7) Taklimat Zakat di SMK Laloh, Kuala Krai

                             8) Taklimat Zakat di SMK Pengkalan Chepa

                             9) Taklimat Zakat di SMK Paloh, Gua Musang

 

  1. II) Jenis Promosi : Kaunter Luar Zakat

                           1) Kaunter Luar Zakat di Program Talent Management (TM)

                           2) Kaunter Luar Zakat SMK Badang

 

           III) Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK

                          1) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)

                          2) Wisma Persekutuan

                          3) Pasar Siti Khadijah

                          4) Dataran Ilmu

                          5) RTC Tunjong

                          6) Bazar Tok Guru

                          7) ASB Pasir Puteh

 

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana memberi peluang kepada MAIK untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pembayar zakat. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak. Selain itu, turut sama membantu Unit Wakaf, Baitulmal dan Penerbitan MAIK mempromosikan produk wakaf, sewaan gudang dan juga penjualan buku-buku terbitan MAIK.

Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK. Semoga Allah memberi ganjaran atas pembayaran zakat yang dilaksanakan dan mudah-mudahan diberkati Allah Taala.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini326
Kelmarin3481
Minggu Ini15628
Bulan Ini44347
Jumlah Pengunjung27510790