MAIK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN
Mangsa rumah terbakar, Encik Ibrahim bin Mat menerima sumbangan dari Imam Tua Masjid bandar Gua Musang selaku wakil MAIK . Kebakaran berlaku pada 20 Julai, 2018 lebih kurang jam 8.00 malam di mana beliau dan isteri tiada dirumah yang memusnahkan keseluruhan rumah mangsa di Kampung Star, Gua Musang. Tiada kemalangan jiwa di dalam kebakaran itu yang disyaki berpunca daripada litar pintas. En Ibrahim Bin Mat yang juga Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang dan keluarga tinggal sehelai sepinggang dan kini menumpang rumah jiran.
Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan oleh pihak MAIK dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung akibat musibah tersebut.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud