IBU TUNGGAL MENERIMA SUMBANGAN MAIK
Puan Idanorimi binti Mohamed merupakan ibu tunggal yang tinggal di Kampung Kubang Bemban, Jalan Meranti, Pasir Mas. Beliau menyara 4 orang anak yang masih bersekolah berumur 10 hingga 16 tahun dengan bekerja sebagai pembantu kedai ayam proses dengan pendapatan RM600.00 sebulan disamping bantuan JKM sebanyak RM400.00 sebulan.. Mereka sekeluarga tinggal menumpang di ruangan dapur rumah yang dimiliki oleh abang beliau kerana tidak mampu menyewa rumah.
Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Idanorimi untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan yang dihadapi oleh keluarga ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud