PROGRAM PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT SEMESTER 5/2018 MAAHAD TAHFIZ MAIK TAHUN 2018 (KUMPULAN B)
Pada 27-28 Julai 2018 yang lalu, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.
Antara objektif program ini ialah;-
- Meningkatkan kemahiran para pelajar tahfiz dalam bidang yang diceburi sekaligus meningkatkan potensi diri..
- Memperbetul dan melancarkan bacaan-bacaan dalam solat khususnya bacaan-bacaan wajib di dalam solat.
- Memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap
- Membentuk kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar demi meningkatkan prestasi maahad.
Beberapa pengisian yang menarik telah dirancang dan disusun dengan teliti seperti amali bacaan al-fatihah dalam solat, qiamullail, ceramah dan gotong-royong mencuci kawasan masjid.
Program ini juga dirancang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester 5/2018 dengan diselia oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan dibantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.
Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah