faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SAUDARA MUSLIM BAGI TAHUN 1439H/ 2018M

Pada 14 Julai 2018, Unit Dakwah MAIK telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada Saudara Muslim yang diadakan di Dewan Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. Majlis ini melibatkan peserta dari Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai yang dirasmikan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi (Timbalan Yang Dipertua, MAIK).

Kehadiran peserta seramai 385 orang bersama ahli keluarga masing-masing telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Pelbagai juadah disediakan dengan makanan tempatan dan antarabangsa. Kemeriahan majlis ini bertambah lagi dengan pertandingan gerai tebaik yang dimenangi oleh gerai Kelas 5, 6 dan 7 dari Jajahan Kota Bharu. Sebanyak RM 8,395.00 diperuntukkan bagi menjayakan majlis ini.

Majlis seumpama ini diadakan saban tahun bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan Saudara Muslim di negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Nurul ʽAisyah binti Wan Adnan

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2546
Kelmarin4019
Minggu Ini26227
Bulan Ini26227
Jumlah Pengunjung29330844