BENGKEL BRAINSTORMING UNIT PEMBANGUNAN, WAKAF DAN PELABURAN MAIK
21 Julai 2018 – Bengkel Brainstorming unit Pembangunan, Wakaf dan Pelaburan anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diadakan pada 21 Julai 2018 (Sabtu).
Bengkel yang diadakan di Dewan Bunga Emas, Tingkat 2, Hotel Perdana, Kota Bharu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang ini bertujuan memberi penerangan dan pendedahan mengenai prosedur kerja khususnya unit Pembangunan, Wakaf dan Pelaburan. Agenda bengkel adalah untuk membincangkan permasalahan yang timbul serta merumuskan penyelesaian terbaik dalam modul kerja unit tersebut. Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Setiausaha MAIK yang mana telah diwakili oleh setiap Ketua Bahagian, Ketua Unit dan kakitangan unit Pembangunan, Wakaf dan Pelaburan.
Disediakan Oleh : Mohd Aslam Bin Md Nawi