faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

SEMINAR ANTARABANGSA SEJARAH DAN BUDAYA KELANTAN –PATANI

Pada 6 dan 7 Oktober 2018 bersamaan 26 dan 27 Muharram 1440H , Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Majlis Dakwah Negara (MDN) serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan Seminar Antarabangsa Sejarah dan Budaya Kelantan – Patani bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu.

Seminar Antarabangsa Sejarah Dan Budaya Kelantan –Patani bermula dengan Kehadiran Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan pada jam 8.30 pagi dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh saudara Nazri bin Daud, Bilal Masjid Muhammadi. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Sejarawan PERADABAN kepada Haji Muhammad Yunan bin Mahmood dan Majlis Pelancaran Buku Kelantan-Patani: Ulama dan Intelektualisme Melayu Wilayah Timur, hasil tulisan Ustaz Ahmad Fathy al-Fatoni @ Abd Razak Mahmud, terbitan MAIK 2018.

Seminar ini diadakan bertujuan bagi menyampaikan maklumat tentang sejarah dan budaya Kelantan-Patani yang berzaman lamanya berkembang dalam konteks peradaban Melayu dan Islam. Selain itu, ia juga bertujuan memberi kesedaran bahawa pentingnya hubungan yang terjalin antara Kelantan dan Patani dalam mengekalkan sejarah dan budaya yang tersendiri. Disamping itu, Kajian-kajian ilmiah seumpama ini harus diteruskan oleh generasi pencinta sejarah hari ini bagi memberi maklumat  yang baik untuk tatapan dan rujukan pada hari muka. Malahan suatu kesinambungan kajian perlu diteruskan generasi sarjana dan pakar dari anak watan di wilayah Kelantan-Patani ini.

Lebih 600 peserta telah hadir yang terdiri daripada cendekiawan, agamawan, sarjana, budayawan, ahli-ahli persuratan (pengkaji, sasterawan, penulis), wakil badan-badan kesenian dan warisan, Golongan profesional dan peserta institusi, Guru-guru, pendidik dan mahasiswa, Ketua-ketua masyarakat, dan golongan yang berminat. Seminar ini Mempertemukan para cendekiawan, agamawan, ilmuwan, sarjana, budayawan, pengkaji sosiobudaya Kelantan-Patani. Sebanyak 45 kertas kerja telah dibentangkan dari Malaysia, Thailand dan Australia.

 

Disediakan Oleh : Nor Alimi bin Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini488
Kelmarin3166
Minggu Ini6384
Bulan Ini56015
Jumlah Pengunjung27522458