faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA WARIS ANGGOTA BOMBA YANG TERKORBAN SEMASA MENYELAMATKAN MANGSA LEMAS

YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan  berangkat mencemar duli menyampaikam kurniaan kepada waris dua orang anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari seorang remaja yang dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Dua orang anggota bomba tersebut ialah Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik bin Shaari, berumur 26 tahun yang berasal dari Kapung Kubang Terap, Pasir MAs dan Allahyarham Izatul Akma bin Wan Ibrahim, berumur 32 tahun yang berasal dari Kampung Lubok Setol, Rantau Panjang. Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik masih lagi bujang manakala Allahyarham Izatul Akma sudah berkahwin dan beliau meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang berumur 2 hingga 7 tahun.

Sebagai tanda simpati di atas kejadian yang menimpa mangsa-mangsa lemas ini, YMM Pemamgku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK telah mengurniakan  sumbangan wang tunai  untuk menampung kos  sara hidup mereka sekeluarga. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan  yang dihadapi oleh mereka akibat daripada musibah ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1604
Kelmarin2729
Minggu Ini4334
Bulan Ini53965
Jumlah Pengunjung27520408