faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

LAWATAN TAPAK PROJEK BERSAMA TIMBALAN PENGARAH BELANJAWAN NEGARA

Bertarikh 11hb JANUARI 2018 bersamaan 23 RABIULAKHIR 1439H, pihak MAIK telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Khusus Dana Wang Ehsan Bilangan 1 Tahun 2018 dan Unit Wang Ehsan sebagai urusetia di Tok Aman Bali Resort Pasir Puteh sempena lawatan satu hari Timbalan Pengarah Belanjawan Negara daripada Kementerian Kewangan Malaysia ke tapak projek di bawah Peruntukan Wang Ehsan Negeri Kelantan. Lawatan tersebut di wakili oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Bin Abdul Aziz selaku Timbalah Pengarah Belanjawan Negara serta beberapa pegawai daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan diiringi oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK YABrs Dr. Haji Nik Azlan Bin Abd Hadi bersama Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan iaitu YM Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Fiessal serta pegawai-pegawai MAIK yang terlibat.

Majlis lawatan ini dimulai dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Khusus Dana Wang Ehsan Bilangan 1 Tahun 2018 yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Timbalan Pengarah Belanjawan Negara. Lawatan sehari tersebut melibatkan projek di Maahad Tahfiz Sains Nurul Hidayah Tualang Tinggi Pasir Puteh, SMU (A) Diniah Permatang Rambai Pasir Puteh dan SMU (A) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh. Seterusnya diteruskan dan berakhir di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha Pasir Mas pada jam 04:00 petang.

Sekolah-sekolah tersebut merupakan sekolah dibawah seliaan Yayasan Islam Kelantan yang dipilih khusus untuk diberi kemudahan dan pembaharuan pembangunan pendidikan dibawah Projek Wang Ehsan Negeri Kelantan. Projek-projek  tersebut merupakan projek yang dijalankan menggunakan Peruntukan Wang Ehsan Negeri Kelantan dibawah seliaan MAIK bagi membantu dalam frasarana pembinaan kepada rakyat Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Norizan binti Mat Isa

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1687
Kelmarin2399
Minggu Ini22599
Bulan Ini51318
Jumlah Pengunjung27517761