faq lokasi aduan peta


BERITA KHAS

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

MAIK HULUR SUMBANGAN KEPADA PESAKIT G6PD

Adik  Muhamad Aminrudinn bin Mat Reduan, berusia 5 tahun memerupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Beliau mengidap penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau lebih dikenali sebagai Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) yang mengakibatkan kulit mengelembung, bernanah, berdarah serta berkudis.

Pesakit tidak mendapat  rawatan yang sepatutnya kerana kekangan kewangan. Ibu beliau, Puan Rattana Yakiang (Warga Thailand) merupakan ibu tunggal kematian suami dan menyara 5 orang anak yang berumur di antara 2 tahun hingga 9 tahun  dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan. Pendapatan beliau hanyalah lebih kurang RM600 sebulan dan menumpang bekas kedai lama milik abang ipar kerana tidak mampu menyewa.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Rattana Yakiang   untuk menampung perbelanjaan rawatan adik Muhamad Aminnuddin dan sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh ibu tunggal ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 


Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1452
Kelmarin2729
Minggu Ini4182
Bulan Ini53813
Jumlah Pengunjung27520256