SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN
Sebuah rumah yang didiami oleh Imam Tuan Masjid Kamel Hassan, Mukim Pendek, Kota Bharu yang terlatek berhampiran dengan kawasan masjid telah musnah dalam kebakaran pada 25 Februari, 2018 lebih kurang jam 3.00 petang.
Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan kepada Tuan Haji Malek bin Ab. Rahman, Imam Tua Masjid Kamel Hassan pada 26 Februari, 2018 sebagai tanda simpati di atas bencana yang menimpa keluarga ini dan diharapkan ianya dapat meringankan sedikit kesulitan yang ditanggung akibat bencana ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud